CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4590|Reply: 9

[Politik] “Pecat sajalah”, ahli-ahli BERSATU pro-Anwar tak heran

  [Copy link]
Post time 22-2-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 22-2-2024 11:50 AM



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman memberitahu keenam-neam Ahli Parlimen Bersatu yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan meletakan jawatan.

Suhaili turut mencabar partinya agar memecat sahaja mereka dari parti.

“Jangan tunggu kami letak jawatan, sebab (kami) tidak akan letak jawatan, kalau betul-betul hendak, pecat sajalah kami, lagi cepat.

“Kami tidak akan letak jawatan, tidak akan tinggalkan parti kecuali di pecat,” katanya hari ini.

Suhaili berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris bahawa parti itu akan membuat Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini yang dijangka “menamatkan riwayat enam jahanam” dalam parti tersebut.

Perhimpunan itu akan meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam Ahli Parlimennya menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Malah, Razali turut mencabar kesemua mereka melepaskan jawatan sebagai ahli parti itu sebelum masing-masing dipecat.

Dalam pada itu, Suhaili berkata, Perkara 10 dalam perlembagaan parti yang mahu dipinda bagi menghalang insiden sama berulang, selain sedia berdepan PRK jika berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya yang diambil tindakan juga tidak memberikan kesan kepada mereka.

Jelasnya, keenam-enam mereka tidak bertindak melompat parti tapi lebih kepada memberikan sokongan kepada kerajaan.

“Kami bukan lompat (parti), tapi keahlian dilucutkan. Bagaimana dia boleh kata nak guna akta itu, kami juga bukan berhenti daripada parti.

Siapa nak layan cabaran dia, bermakna mereka (Bersatu) sendiri tidak yakin dengan langkah untuk pinda Perlembagaan itu.

“Kata bila pinda, akan gugur (keahlian), gugurlah, tidak payah hendak minta kami berhenti. Berhentilah cari publisiti murahan, sudah-sudahlah Razali,” katanya lagi.

Untuk rekod, selain Suhaili, lima lagi Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 24 Users voted

Count down: 377 Days5 Hours7 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 04:10 PM | Show all posts
bersatu ni parti lucah shj...level daddy ash
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu buat parti serpihan baharu Bersatuboh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pecat sajalah bukannya Yiddin bagi makan pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:12 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 22-2-2024 04:13 PM
Pecat sajalah bukannya Yiddin bagi makan pun

akaun masih kena beku ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg skrg pon MP bersatu ramai yg bdoh. Next pilihan raya siapa pula wakil dari bersatu?

Syafiq salim? Ratu naga? Redline? DD Chronicle
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pecat jaa laa..ikut jejak langkah wak jahid..apa nak takut..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 11:41 PM | Show all posts
Undurr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngape takut sgt nak pecat tuw..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:47 AM | Show all posts
tak berani si cirit ni...sembang je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070927 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list