View: 4588|Reply: 12
|
Ibu Cedera Kepala, Patah Gigi Dipukul Oleh Anak Guna Kunci Stereng
[Copy link]
|
|
Gambar Hiasan
AMPANG – Seorang penganggur tergamak memukul ibunya yang sedang tidur dengan kunci stereng di kediaman mereka sekitar Jalan Bunga Melor, Taman Muda Cheras, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, aduan dibuat oleh ibu suspek yang berusia 74 tahun.
“Pada pukul 12.30 tengah malam semalam, pengadu dipukul ketika tidur menggunakan kunci stereng sehingga menyebabkan kepala berdarah dan dua batang gigi hadapan patah.
“Anak ketiga pengadu turut ditumbuk ketika cuba meleraikan keganasan dilakukan anaknya berusia 36 tahun.
“Punca kejadian disebabkan pengadu telah meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke bilik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Mohd Azam, hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun manakala mangsa juga tidak mempunyai masalah mental.
“Hasil ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif dadah. Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Februari ini,” ujarnya.
Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.
Sumber -KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
api neraka lah destinasi kamu wahai anak |
|
|
|
|
|
|
|
kalau rumah pun rumah mak kau, elok dihalau je la keluar.. |
|
|
|
|
|
|
|
lor dh hubgn x bape ngam tu xreti2 nk dok luar ke...masih mengharap kt mak tu lg...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau hubungan dgn mak tak baik since 10 years ago, kau blah la nonok dah tua bangka sewa bilik tempat lagi. Pastu nak baran2 tak reti nak tolak balik almari tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bulu semua pon dah naik uban duk tumpang rumah mak lagi ke..loser punya jantan |
|
|
|
|
|
|
|
"Kata Mohd Azam, hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun manakala mangsa juga tidak mempunyai masalah mental"
Mmglah mangsa takde masalah mental. Yg ada masalah mental tu si babi penganggur tu. Dah tua nak mampos pun masih menganggur and tinggal dgn mak |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebab mangsa kesian n kasih kat anak buat anak tu jadi naik tocang.
Aku tengok jiran ni .dia mengadu anak dia penagih tegar dok selongkar brg rumah UTK di jual ..yang diketahui jual gula,charger ,gelang,rokok etc. yang lalai menyimpan . Anak cucu peranti je perangai si penagih tapi reaksi si ibu tak perlu report sebab kesian kat penagih. Sebagai jiran ,berhati2 jelah kemungkinan yg akan berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 22-2-2024 10:41 AM
"Kata Mohd Azam, hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun manakala mangsa juga tidak me ...
Aku rasa typo tu....patutnya nak mention suspek takde masalah mental |
|
|
|
|
|
|
|
negatif dadah, tapi tergamak pukul mak sampai begitu sekali, mmg setan sgt perangai ko, dah x suka sgt dgn mak tu, ko duduk la tempat lain, ni nak dok rumah tu jugak, mmg teramat setan perangai ko |
|
|
|
|
|
|
|
ni la species kekecik tak nak mampoih
dah beso menyusahkan orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah...sampai hati si anak |
|
|
|
|
|
|
| |
|