CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5108|Reply: 4

[Politik] MUDA nafi kenyataan bahawa Daim adalah 'payung emas' parti

  [Copy link]
Post time 22-2-2024 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-2-2024 09:23 AM

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak terlibat membiayai atau memberi sebarang peruntukan kewangan kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Pemangku Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz menafikan sekerasnya dakwaan mengatakan 'orang kanan' Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan penyumbang terbesar untuk parti berkenaan.

Jelasnya, Muda mempunyai struktur pembiayaan dalaman sangat ketat dan tidak sewenang-wenangnya menerima dana dalam jumlah yang besar.

“Penyumbang hanya boleh memberi maksimum sehingga RM200,000 pada masa tertentu," katanya pada sidang akhbar selepas Forum di Kolej Tertiari Advance di sini pada Isnin.

Amira Aisya berkata, tidak wajar pihak terbabit mempersoalkan tentang isu pembiayaan Muda kerana negara ini tidak mempunyai akta pembiayaan politik.

“Jadi, jika ada yang mahu mempersoalkan Muda tentang pembiayaan politik, kami sangat konsisten mengatakan Malaysia memerlukan akta pembiayaan politik dan semua parti lain juga harus berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai gambarnya yang tular bersama isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul
Khalid di mahkamah, Amira mengesahkan perkara itu.

“Ya Toh Puan Na'imah adalah ahli Muda.

“Saya boleh hadir ke mahkamah untuk memberikan penghormatan kepada mana-mana ahli parti.

“Beliau (Na’imah) juga kawan saya. Saya pergi ke mahkamah tidak bermakna saya pergi ke sana untuk meminta hakim menggugurkan pertuduhan,” ujarnya.

Pada 23 Januari lalu, Na'imah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan, gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 12 aset harta antaranya di ibu negara dan Pulau Pinang, Disember tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000.


Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 10:17 AM | Show all posts
apa motif dorang buat MUDA ni?takde hala tuju..yang si migha ni pun menang sebab dun dia memang sume tolak umno n perikatan..tempat tu letak babi pun boleh menang asalkan bukan umno n perikatan kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda ni xde had umur ye? sampai acik naimah dah menopause pun boleh joined gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 22-2-2024 10:30 AM
Muda ni xde had umur ye? sampai acik naimah dah menopause pun boleh joined gituuuu

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:27 PM | Show all posts
Sesuatuuu!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.387465 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list