CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4892|Reply: 0

[Borneo] Nombor plat 'GOLD 1' milik Yang di-Pertuan Agong

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:36 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Nombor plat kenderaan keluaran khas 'GOLD 1' menjadi milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, iaitu RM1.5 juta.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri 'GOLD' sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 bermula 1 hingga 5 Feb lepas.

Loke sebelum ini berkata bidaan bagi siri NPI bertujuan untuk menambah hasil negara, menyaksikan kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.065804 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list