CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3901|Reply: 0

[Sabah] Pelajar kolej dipenjara dua hari, denda RM1,500 terlibat lumba haram

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:23 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Kedua-dua tertuduh diiring keluar menjalani hukuman selepas prosiding mahkamah.

TAWAU: Seorang pelajar kolej dipenjara dua hari dan denda RM1,500 di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah terlibat dengan aktiviti lumba haram bulan lalu.  

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Syawal Sidang, 20, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Chong Thien Vun pada 7 Januari 2024, jam 3.26 pagi.

Mohamad Syawal bersama empat lagi penunggang motosikal lain dilihat menunggang secara berbahaya dan sedang bersaing antara satu sama lain bermula dari Jalan Chong Thien Vun hingga bulatan Megah Jaya.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 81 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih enam bulan dan denda sehingga RM2,000.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan lesen percubaan dibatalkan serta tidak layak memegang lesen memandu selama dua tahun.

Sementara itu, di Mahkamah yang sama, seorang lagi lelaki dihukum penjara tiga hari dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 8 Febuari lepas.

Wong Jing Hong berusia 30 tahun dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah oleh Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 12.50 tengah malam di Jalan Chong Thien Vun, sebagai pemandu kenderaan.

Hasil ujian saringan pernafasan didapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh melebihi had yang dibenarkan iaitu 50 miligram etil dalam 100 mililiter darah.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) APJ 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda dan lesen memandu digantung selama dua tahun.

Semua pendakwaan berkenaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee, manakala Wong diwakili peguam Chen Wen Jye.

Terdahulu, Joan Lee dalam hujahnya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman tinggi sebagai pengajaran kepada remaja-remaja yang mahu melakukan aktiviti lumba haram.

Katanya, perbuatan lumba haram bukan sahaja boleh mendatangkan musibah kepada diri mereka sendiri, malah kepada pengguna jalan raya yang lain.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/21/pelajar-kolej-dipenjara-dua-hari-denda-rm1500-terlibat-lumba-haram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061980 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list