CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3919|Reply: 0

[Sabah] OGSE Sabah berjaya tarik penyertaan lebih 350 vendor

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:22 PM | Show all posts |Read mode


PELANCARAN: Syaharudin ketika melancarkan acara OGSE Sabah, baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Hari Rakan Kerjasama Peralatan, Perkhidmatan, Minyak dan Gas (OGSE) yang dianjurkan oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berjaya menarik penyertaan lebih 350 vendor di negeri ini.

Ketua Pembangunan dan Kerjasama Industri PETRONAS Syaharudin Hassan berkata, ia adalah platform untuk berkongsi maklumat terkini mengenai program dan inisiatif OGSE dalam memacu industri di Sabah.

Katanya, acara itu berjaya menarik penyertaan lebih 350 vendor Sabah yang terdiri daripada pemimpin dan pakar bagi berkongsi pandangan mereka tentang trend industri semasa.

“Ia adalah satu langkah penting bagi mewujudkan masa depan yang berdaya tahan dan mampan dalam industri ini.

“Selain itu, dapat memupuk peningkatan kerjasama dalam pembangunan sektor minyak dan gas negeri,” katanya ketika melancarkan Prospek Aktiviti Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, prospek ini menyediakan pandangan tentang landskap OGSE Sabah dan menggariskan rancangan keseluruhan merentas pelbagai kategori industri, termasuk kedua-dua perniagaan huluan dan hiliran, untuk tiga tahun akan datang.

Syaharudin berkata, PETRONAS berazam menyampaikan nilai mampan jangka panjang sebagai syarikat minyak negara dan pemain tenaga global.

“Kami akan terus mengukuhkan perkongsian dengan kerajaan Sabah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri dengan meningkatkan keupayaan bakat tempatan Sabah dalam industri minyak dan gas.

“Hari Terbuka OGSE Sabah menunjukkan komitmen PETRONAS bagi mengukuhkan Ekosistem OGSE Malaysia untuk vendor yang semakin berkembang.

“Seterusnya, menjadi berdaya saing di peringkat serantau dan global sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Katanya, PETRONAS menyeru industri menyesuaikan diri bergerak ke arah peralihan tenaga yang berterusan, seperti beralih ke arah usaha rendah karbon, mengejar pelepasan sifar bersih dan meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Kami juga menekankan kepentingan kerjasama merentas industri dan penciptaan bersama dalam peningkatan kemahiran keupayaan untuk melakarkan sempadan baharu bagi industri OGSE.

“Ia sejajar dengan usaha PETRONAS memupuk ekosistem yang berdaya tahan yang akan memastikan kejayaan dan kemakmuran jangka panjang untuk landskap OGSE Sabah,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Thomas Logijin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058640 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list