CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3367|Reply: 0

[Sabah] Penduduk Kudat mahu isu kemudahan asas diselesaikan

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:16 PM | Show all posts |Read mode


KETIBAAN: Datuk Seri Shafie bersalam dengan orang awam diiringi Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Datuk Pak Chee Eng dan Naib Presiden WARISAN Datuk Jaujan Sambakong serta lain-lain.

KUDAT: Masyarakat Kudat mahu kemudahan asas di daerah ini diperkasakan demi kebaikan bersama.

Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Kudat Datuk Pak Chee Eng berkata, isu bekalan elektrik serta air masih menjadi masalah besar kepada penduduk di sini.

"Khususnya kepada golongan perniagaan, masalah kemudahan berkenaan menjadi isu utama kerana ia mampu mendatangkan kerugian dalam perniagaan.

"Selain itu, jalan raya juga perlu dinaik taraf...penduduk di sini juga terkesan dengan kenaikan kos sara hidup," katanya ketika ditemui pada Perayaan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Parti Warisan (WARISAN), Tanjong Kapor di sini hari ini.

Beliau berharap, kerajaan negeri mampu memberikan perhatian serius masalah rakyat di sini, sekali gus menjaga kebajikan semua penduduk Kudat.

Mengenai sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan, Pak yang juga Pengerusi Penganjur berkata, sambutan kali ini menjadi kelainan berbanding tahun sebelumnya.

"Masyarakat Cina di sini tidak lagi berduduk diam, sebaliknya berani hadir ke majlis yang dianjurkan pihak pembangkang.

"Seramai lebih 300 tetamu jemputan yang hadir pada majlis kali ini...jumlah yang mahu hadir sebenarnya ramai, tetapi disebabkan ruang majlis yang terhad, jumlah itu dikurangkan," katanya.

Hadir merasmikan majlis itu ialah Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Hadir sama ialah tiga Naib Presiden Datuk Jaujan Sambakong , Datuk Junz Wong ,dan Terrence Siambun , Ketua Penerangan Datuk Azis Jamman , Pemangku Ketua Wanita Norfaizah Chua, Pemangku Ketua Wira Terrence Au, Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tony Koh serta lain-lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.075885 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list