CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3192|Reply: 0

[Sabah] Pemergian Tun Taib kehilangan besar tokoh amat berjasa kepada Sarawak

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:15 PM | Show all posts |Read mode


HAJIJI

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Hajiji berkata pemergian Tun Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak, merupakan kehilangan besar seorang tokoh yang amat berjasa kepada rakyat Sarawak dan pembangunan negeri itu.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

“Jasa beliau kepada Sarawak amat besar dan ini adalah satu kehilangan besar kepada rakyat dan negeri Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tun Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi hari ini.

Pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumikan. - BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.129953 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list