CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2839|Reply: 0

[Sabah] Jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan demi membangunkan ummah yang berdaya saing, mapan dan berjaya

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:11 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Yazid menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta sempena majlis itu.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik mengajak umat supaya kembali kepada asas ajaran Islam dengan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dalam membina kekuatan diri ke arah membangunkan ummah yang berdaya saing, mapan dan berjaya.

Mengulas lanjut, Robert berkata, melalui pengamalan ajaran Islam sebenar ia dapat memperlihatkan keindahan, kehebatan dan keunggulan syariatnya sekali gus menganjakkan ummah ke status umat yang maju, dinamik dan terbaik.

"Tanpa menghayati ajaran Islam sebenar, umat Islam tidak akan mampu menjadi umat contoh, bahkan akan terus dihina dan diperlekeh.

"Sejarah telah membuktikan bahawa keagungan tamadun Islam yang dahulunya hebat dan unggul, akhirnya tersungkur lantaran ada antara penganutnya yang tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.

"Malahan, lebih mendukacitakan telah berlaku perpecahan, pergeseran dan persengketaan di kalangan umat Islam sendiri, " katanya.

Justeru katanya, adalah penting bagi umat Islam memahami dan menginsafi tentang kebenaran al-Quran kerana ia dapat membina kekuatan iman dan keyakinan terhadap Pencipta, yakni Allah SWT.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Peringkat Pedalaman Bahagian Atas 1445h/2024m, dekat sini baru-baru ini.

Teks ucapan Robert dibacakan oleh Ketua Biro Jawatankuasa Agama DUN Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik yang juga Ketua Jawatankuasa Biro Pendidikan Dan Media.


UCAPAN: Yazid membacakan teks ucapan mewakili Robert bagi menyempurnakan majlis itu.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, para umat harus menyedari segala kelebihan yang dimiliki Islam akan terpendam sekiranya umat masih bertelagah sesama sendiri dan mengabaikan ajarannya.

"Kerana itu, umat Islam perlu mengambil iktibar daripada peristiwa lampau dan kembali menjadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan serta pedoman dalam kehidupan agar benar-benar menjadi umat dan mukmin yang hebat.

"Maka bersempena dengan majlis yang mulia ini, kukuhkan persaudaraan, binalah perpaduan dan tingkatkan pencapaian agar kita terus menjadi umat yang terbilang. Sesuai dengan tema MTQ pada tahun ini 'Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'.

"Seiringan itu, jangan membiarkan diri hanyut dalam arus perubahan. Sebaliknya umat Islam harus mampu menongkah arus modenisasi dan globalisasi berbekalkan semangat ingin bersatu untuk membudaya ilmu serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT supaya beroleh kejayaan serta kebahagiaan yang bermakna di dunia dan di akhirat, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.062616 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list