CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2788|Reply: 0

[Sabah] PBBS cadang adakan Adau Gayuh Bisaya

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:09 PM | Show all posts |Read mode


RASMIKAN: Ruslan menerima cenderahati sejurus merasmikan majlis itu yang diadakan di Rancangan Klias.

BEAUFORT: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) bercadang untuk mengadakan perayaan Adau Gayuh Bisaya (Hari Masyarakat Bisaya) sebagaimana Adau Janang Gayuh sebelum ini.

Mengulas lanjut Presiden PBBS, Datuk Ruslan Muharam berkata, cadangan berkenaan akan diputuskan kepimpinan tertinggi PBBS pada mesyuarat akan datang bagi menentukan tarikh sesuai untuk merealisasikannya.

"Kita tidak dapat anjurkan perayaan Adau Janang Gayuh (Hari Pemimpin Bisaya) sebagaimana sebelum ini, selepas pemergian almarhum Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin tahun 2022 lalu.

"Justeru, kita bercadang untuk gantikan perayaan itu dengan Adau Gayuh Bisaya yang akan diputuskan pelaksanaannya pada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBBS akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Makanan dan Permainan Tradisi Bisaya anjuran PBBS Zon Rancangan Klias, baru-baru ini.


ALBUM: Ruslan merakamkan gambar kenangan bersama pemenang sejurus menyampaikan hadiah kepada peserta.

Dalam perkembangan lain, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri memberitahu perancangan PBBS untuk menjadikan Bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Bisaya sebagai pusat pelancongan baharu dijangka akan direalisasikan pertengahan tahun depan.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pada ketika ini persatuan itu dalam persiapan memperkasa kebudayaan etnik itu dari aspek tarian, muzik, makanan dan banyak lagi.

Tambah beliau, ia bagi memantapkan lagi produk pelancongan kebudayaan yang akan ditawarkan PBBS dalam usaha berkenaan termasuk persediaan dari segi bahan sejarah etnik itu.

"Hanya tinggal pembinaan tiga buah rumah budaya atau 'Walai' Bisaya yang dijangka bermula pada pertengahan tahun ini bagi memenuhi pakej pelancongan ditawarkan PBBS.

"Sebaik siap, Pusat Kebudayaan dan Kesenian PBBS ini akan menjadi lokasi baharu pelancongan tempatan yang dijangka bermula pertengahan tahun depan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059682 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list