CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5515|Reply: 0

[Kedah] Lelaki warga Myanmar dalang penyeludupan Pati ditahan

[Copy link]
Post time 20-2-2024 05:57 PM | Show all posts |Read mode

DALANG Pati warga Myanmar yang ditahan JIM Kedah. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen (JIM) kerana dipercayai menjadi dalang membekalkan pekerja asing tidak sah dan pendatang tanpa izin (Pati) di utara negeri ini.

Pengarah JIM Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, lelaki berusia 53 tahun yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu ditahan bersama isterinya, berusia 55 tahun dan bayi perempuan mereka berusia dua tahun.

Beliau berkata, dalam serbuan Op Serkap bermula 10.30 malam hingga 2 pagi tadi, seramai 30 warga Myanmar turut ditahan dalam dua serbuan di Taman Ria Jaya dan Taman Batik di Sungai Petani.

"Ketika ditahan, suspek yang dipercayai menyediakan perkhidmatan transit pekerja asing yang tidak sah kepada majikan, turut menempatkan lima wanita dan seorang kanak-kanak di rumahnya," katanya pada sidang media di Pejabat JIM Kedah di sini hari ini.



Mohd Ridzzuan berkata, tangkapan itu membawa kepada penahanan 26 Pati terdiri 16 lelaki dan 10 wanita yang ditempatkan dalam bangunan kosong, beralaskan kotak dan dikunci dari luar.

"Siasatan kemudian mendapati Pati itu memasuki negara ini melalui beberapa pintu sempadan dan dikumpulkan di Sungai Petani sebelum diagihkan kepada majikan yang memerlukan pekerja.

"Dalang ini tinggal di Malaysia selama 35 tahun dan fasih berbahasa Melayu, malah kita sedang menyiasat pembabitan suspek dalam rangkaian sindiket dan tempoh dia aktif menjalankan kerja pemerdagangan manusia," katanya.

Mohd Ridzzuan berkata, pemilik premis yang digunakan sebagai lokasi transit untuk Pati ini juga akan diambil tindakan.

Dalam pada itu, katanya, ketika disoal siasat, suspek mengesahkan kesemua Pati berkenaan ditempatkan di bangunan itu selepas mendapat permintaan dari majikan.

"Majikan mereka ini dari Johor, hanya 20 orang sudah diambil dan Pati selebihnya ini akan diambil dalam masa terdekat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... udupan-pati-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list