CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7001|Reply: 0

[Perlis] Cubaan seludup motosikal berkuasa tinggi gagal

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode

ISMAIL menunjukkan pelbagai model motosikal berkuasa tinggi yang disita di ICQS Wang Kelian. FOTO Aizat Sharif

Padang Besar: Sembilan motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai cuba dibawa masuk dari Thailand tanpa sebarang dokumen pembayaran cukai atau permit import sah disita selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menahan seorang lelaki di Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQs) Wang Kelian, Jumaat lalu.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian berlaku pada jam 5 petang apabila anggota Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar melakukan pemeriksaan terhadap sembilan motosikal berkuasa tinggi yang dibawa menggunakan sebuah lori kecil di lorong masuk ke negara ini.

"Antara model motosikal yang cuba dibawa masuk ialah Honda CBR 1000RR, BMW S1000RR, Yamaha R1, Aprilia RSV4 dan MV Augusta oleh seorang lelaki yang juga wakil syarikat pengangkutan tempatan berusia 37 tahun tanpa sebarang dokumen pembayaran cukai atau permit import sah.

"Suspek ditahan dan semakan mendapati motosikal ini baru saja selesai menjalani perlumbaan sirkit di Buriram, Thailand dan pemilik juga dipercayai berasal dari beberapa negara di Eropah dan Hong Kong," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita di Stor Penguatkuasaan JKDM Padang Besar, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya percaya suspek menggunakan modus operandi mengikrarkan motosikal itu untuk perlumbaan di litar di negara ini yang mana ia hanya dibawa menggunakan lori pengangkut secara 'off-road'.

"Motosikal ini dibawa secara 'off-road' serta tidak ditunggang dan tiada pendaftaran. Ia dipercayai digunakan hanya untuk perlumbaan di Thailand dan kita percaya ia cuba dibawa ke Litar Antarabangsa Sepang atau mana-mana litar perlumbaan lain berkemungkinan sebagai motosikal ujian.

"Nilai rampasan motosikal dianggarkan sebanyak RM416,500 manakala duti dan cukai terbabit dianggarkan RM715,130 dan ini adalah rampasan pertama membabitkan motosikal berkuasa tinggi berlaku di Perlis pasca Covid-19," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, JKDM Perlis menyita enam kenderaan terdiri daripada kenderaan pacuan empat roda dan kereta bernombor pendaftaran Thailand kerana tidak mempunyai atau tamat Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) dari Januari sehingga 13 Februari lalu.

Ismail berkata, kenderaan itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Perlis dan Kedah seperti di Alor Setar, Pendang, Changlun, Kuala Perlis dan Wang Kelian.

"Antara model dirampas ialah Toyota Corolla Alties, Nissan Almera, Isuzu D-Max, Mazda 2 dan Mitsubishi Triton dan kesemua rampasan kenderaan yang disyaki sebagai barang tidak berkastam itu dibuka kertas siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM50,000 atau amaun mana yang lebih besar serta tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM50,000 atau amaun mana lebih besar atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rkuasa-tinggi-gagal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.079171 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list