CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8529|Reply: 0

[Perak] Demi anak, wanita tunggang motosikal dari Changkat Jering ke KL jual sayur kampung

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Siti Norol Salwani mengambil masa lebih empat jam dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur untuk menjual sayur kampung. - Foto ihsan Siti Norol Salwani

TAIPING: Seorang wanita menempuh perjalanan hampir 300 kilometer (km) dengan menunggang motosikal lebih empat jam ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berniaga sayuran kampung sejak pertengahan tahun lalu.

Siti Norol Salwani Ismail, 29, dari Changkat Jering, di sini memulakan perniagaan menjual sayuran kampung di ibu negara demi menyara seorang anaknya berusia 10 tahun ketika bergelar ibu tunggal.

Dia yang baru melangsungkan perkahwinan kali kedua Jumaat lalu berkata, idea 'gila' berniaga sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, terlintas secara tiba-tiba selepas terbeli pucuk paku tua dan sayuran lain dengan harga mahal dan tidak segar ketika berada di sana tahun lalu.

"Selepas kejadian itu, terlintas di fikiran untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil tanaman kampung segar dengan orang Kuala Lumpur memandangkan ia mudah di peroleh di Bukit Gantang dan Changkat Jering.


"Pada awalnya agak berat untuk saya memulakan perniagaan memandangkan jarak yang mahu ditempuhi beratus kilometer dan mengambil masa lebih empat jam ditambah pula dengan hanya menaiki motosikal.

"Namun tak disangka percubaan pertama berniaga di sana, segala sayur kampung seperti petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, belalai gajah, nangka muda, durian belanda, kacang itik, jering dan ulam-ulaman laris terjual," katanya.


Siti Norol Salwani menjual pelbagai sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. - Foto ihsan Siti Norol Salwani

Menurutnya, harga sayur-sayuran yang dijual di sana sama seperti di Changkat Jering namun berbeza dari segi kesegarannya.

"Harga yang saya jual bermula RM2 hingga RM10 sahaja, tak banyak beza jika dibandingkan dengan jualan di Changkat Jering.

"Hampir setiap minggu saya akan berulang alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dengan sebuah motosikal Honda FI 125 hanya untuk berniaga sayur kampung," katanya.

Anak kelima dari 10 beradik itu berkata antara rintangan sering dihadapinya adalah tayar motosikal pancit selain berdepan keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Perkara itu dah biasa dan sering saya lalui sehinggakan pernah satu ketika motosikal saya tersadai di lebuh raya.

"Kos anggaran untuk ke Kuala Lumpur termasuk makan minum sekitar RM50 namun itu bukanlah halangan dan saya berasa puas apabila dapat berkongsi sayur segar dengan penduduk di Kuala Lumpur," katanya.

Siti Norol Salwani berkata perniagaannya terhenti awal tahun ini berikutan menguruskan hal perkahwinannya dengan pilihan hati.

Dia tekad meneruskan perniagaannya selepas menerima motosikal baru dibelinya berikutan motosikal lamanya mengalami kerosakan teruk.

"Suami juga tidak melarang dan turut merancang untuk sama-sama berniaga di Kuala Lumpur," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... t-jering-ke-kl-jual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.316967 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list