CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8557|Reply: 0

[Kedah] Ladang babi Pulau Pinang lepaskan sisa ternakan ke Sungai Kulim

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan kolam di ladang ternakan babi di Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang disyaki mengakibatkan pencemaran di Sungai Air Merah dan Sungai Kulim. - Foto ihsan JAS Kedah

ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan berlakunya kegiatan melepaskan sisa ternakan babi disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu Jumaat lalu, sebelum pegawai penyiasat JAS Cawangan Kulim digerakkan bagi mengesan punca kejadian.

Katanya, pemeriksaan lapangan yang dilakukan pegawai penyiasat meliputi kawasan hulu sungai berjaya mengesan aliran air hitam dari Sungai Air Merah mengalir masuk ke Sungai Kulim.

"Pasukan penyiasat kemudian bertindak menyusuri Sungai Air Merah dan turut melakukan pemantauan menggunakan dron di sepanjang Sungai Air Merah.


"Pemantauan melalui dron di sepanjang Sungai Air Merah mengesan punca pelepasan air hitam tersebut disyaki berpunca dari pelepasan efluen atau air sisa dari aktiviti penternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, SPT, Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan penternakan babi mendapati terdapat beberapa kolam yang melepaskan efluen ke Sungai Air Merah yang kemudiannya memasuki Sungai Kulim.

"Jarak antara kawasan penternakan ke pertemuan Sungai Air Merah-Sungai Kulim adalah kira-kira tiga kilometer. Untuk rekod, terdapat Loji Rawatan Air (LRA) Toh Allang di Sungai Kulim yang membekalkan air bagi Pulau Pinang dan loji ini terletak kira-kira tujuh kilometer dari pertemuan Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.

"Hasil siasatan telah dimaklumkan kepada JAS Pulau Pinang untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa Pulau Pinang seperti Jabatan Veterinar Pulau Pinang dan Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang," katanya.

Berikutan itu, beliau meminta semua pihak tidak melakukan aktiviti yang mencemarkan sungai kerana ia boleh menyebabkan loji air ditutup dan menjejaskan bekalan air kepada penduduk.
https://www.bharian.com.my/berit ... kan-ke-sungai-kulim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.549354 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list