CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18667|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM mahu projek pembesaran LTAPP disegerakan

[Copy link]
Post time 16-2-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
PM mahu projek pembesaran LTAPP disegerakan

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
16 Februari 2024 05:56pm




Anwar ketika melancarkan Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai, pada Jumaat.




PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas disegerakan bagi menampung keperluan mendesak pada masa kini.

Menurutnya, Pulau Pinang terkenal sebagai lokasi tarikan pelancongan yang sangat berjaya namun berdepan masalah kesesakan di lapangan terbang.



Berikutan itu katanya, kerajaan bersetuju untuk membesarkan LTAPP seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Pastinya untuk melaksanakan projek ini memerlukan kajian itu ini dan saya tanya kepada Ketua Menteri berhubung perkembangan projek berkenaan.



"Dari segi Kerajaan Persekutuan projek ini mungkin bermula pada akhir tahun...saya tak berpuas hati, jadi pada rabu depan dalam mesyuarat jemaah menteri mungkin selepas mendapatkan laporan saya nak tahu boleh tak kita percepatkan (projek pembesaran LTAPP) ini," katanya.


Anwar melawat gerai pameran Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai.




Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai, di sini pada Jumaat.

Sebelum ini ketika pembentangan Belanjawan 2023 Anwar mengumumkan pembesaran LTAPP dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor tetapi bercadang untuk menghentikan pembinaan lapangan terbang baharu Kulim, Kedah.


Difahamkan kos pembesaran kedua-dua lapangan terbang itu yang akan diterajui oleh MAHB adalah lebih rendah berbanding pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM7 bilion.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, bagi membolehkan projek pembesaran lapangan terbang itu disegerakan, kerajaan akan percepatkan dana kerana kerja-kerja yang akan dilakukan mengambil masa dua hingga tiga tahun.

"Kita ada keupayaan untuk melakukannya," katanya lagi.



Untuk rekod, LTAPP telah dinaik taraf pada 2013 untuk menampung 6.5 juta penumpang setahun tetapi penumpang berkembang pesat, menjelang 2019, ia mencatatkan sejumlah 8.3 juta penumpang setahun.

Kementerian Pengangkutan meluluskan cadangan pembesaran lapangan terbang itu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini tetapi ia ditangguhkan selepas berlaku pertukaran pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada awal tahun 2020.

Kerajaan Persekutuan juga berkata bahawa rancangan pembesaran lapangan terbang di seluruh negara akan ditangguhkan sementara menunggu kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) dimuktamadkan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.036376 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list