CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10920|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah terbuka terima pandangan

[Copy link]
Post time 16-2-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah terbuka terima pandangan

16 Februari 2024 03:48pm



Anwar. Foto Bernama




BUKIT MERTAJAM - Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam, terbuka untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk mana-mana parti politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan meneliti semua pandangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.



"Semalam Tun Zaki (Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi) dah bagi taklimat awal, depan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah), dalam mesyuarat saya sudah setuju jawatankuasa ini bersidang, jumpalah siapapun bagi pandangan, baik dengan semua negeri, semua parti mana pun, bincanglah, ambil sikap terbuka dengan pandangan mereka," katanya ketika berucap sebelum merasmikan Masjid Jamek Tu Tengah Berapit di sini pada Jumaat.


Anwar menandatangani baju seorang kanak-kanak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tengah Berapit. Foto Bernama




Beliau berkata, adalah lebih baik pihak-pihak tertentu yang mengecam dan mencerca kononnya kerajaan tidak mempertahankan Mahkamah Syariah, menyertai perbincangan yang diadakan jawatankuasa ini, berbanding terus menjadikan isu pembatalan beberapa kesalahan Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan baru-baru ini sebagai polemik politik.


"Bila kita dah capai persetujuan, kita bawa kepada jemaah menteri, kita persembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bila diperkenan, kita gubal di Parlimen, minta rakan-rakan Melayu (Ahli Parlimen beragama Islam) sokong, kita pinda dan kita perbaikilah mutu Mahkamah Syariah, itu caranya," katanya.
Perdana Menteri berkata, tanggungjawab memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui jawatankuasa ini bukan hanya melibatkan negeri-negeri sahaja, malah di semua peringkat.

"Bagi kita ruang untuk baiki, janganlah kita gaduh tentang isu ini, kata Anwar ini tak peduli, sekular, dan sebagainya," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.




Disember lepas, Tun Zaki dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang turut dianggotai 10 individu lain.

Semalam Anwar berkata, kerajaan Persekutuan menyambut baik titah Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), yang mahu semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.442431 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list