CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10239|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tarif elektrik: PM persoal kerakyatan wakil rakyat pembangkang kerana jadi jurucakap warga asing

[Copy link]
Post time 16-2-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Tarif elektrik: PM persoal kerakyatan wakil rakyat pembangkang kerana jadi jurucakap warga asing


Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 16, 2024 @ 2:50pm bhnews@bh.com.my




Anwar ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, hari ini. - Foto NSTP/Nur Izzati Mohamad




BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan taraf kerakyatan wakil rakyat pembangkang di negara ini yang bertubi-tubi menyerang usaha kerajaan membuat penyelarasan kadar tarif elektrik kepada orang kaya dan warga asing.

Anwar berkata, beliau hairan mengapa perlu menjadi jurucakap kepada dua golongan itu sedangkan rancangan subsidi baharu yang dilaksanakan itu turut dinikmati kumpulan berpendapatan tinggi dan 3.5 juta warga asing yang berada di negara ini.

"Bila naik harga elektrik, orang (wakil rakyat pembangkang) serang saya habis-habisan padahal kenaikan itu membabitkan 15 peratus orang terkaya dan warga asing.

"Rakyat biasa jangan kita kenakan peningkatan harga elektrik. Ini, hang (wakil rakyat pembangkang) wakil apa, wakil Bangladesh, Burma (Myanmar) atau Melayu di Malaysia?

"Kalau wakil rakyat Malaysia, dia tahu bahawa tarif yang kita naikkan itu tidak kepada rakyat biasa tetapi kepada mereka yang terpaling kaya dan warga asing sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, di sini, hari ini.

Tegasnya, penyelarasan itu adalah salah satu langkah yang diambil kerajaan dalam penyasaran subsidi.

Anwar sebelum itu dilaporkan berkata, subsidi ditanggung kerajaan untuk rakyat termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini.

Menurutnya, meskipun angka itu tinggi, mengurangkan subsidi bukanlah satu pilihan untuk dilaksanakan kerajaan kerana langkah itu akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, katanya kerajaan perlu mengemukakan satu dasar yang lebih ampuh dan realistik untuk menyelamatkan ekonomi negara iaitu melalui rasionalisasi pemberian subsidi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.089602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list