CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27883|Reply: 0

[Sabah] Penjara Lahad Datu akan dirasmikan September ini

[Copy link]
Post time 15-2-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode


Kota Kinabalu :  Penjara Lahad Datu yang berkapasiti seramai 1,500 orang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, September ini.

Pengarah Penjara Negeri Sabah, Timbalan Komisioner Penjara, Nora Musa berkata, penjara itu juga mempunyai seramai 420 kakitangan.

“Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri pada September nanti,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.


Nora berkata, kunjungan itu bertujuan bagi memperkenalkan pengurusan penjara di seluruh Sabah, selain membuat jemputan kepada Tun Juhar bagi menyempurnakan acara perasmian penjara berkenaan.

Katanya, pihaknya juga telah merancang beberapa program sempena bulan Ramadan seperti Ihya Ramadhan, tadarus, qiamullail, solat terawih berjemaah, kelas pendidikan sejarah nabi dan majlis berbuka puasa penghuni bersama pihak pengurusan.

Penjara Lahad Datu merupakan yang keempat di negeri ini selepas Penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu bagi mengatasi masalah kesesakan banduan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.063123 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list