CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8160|Reply: 0

[Sabah] Lelaki kurang siuman berjaya dibawa turun selepas tiga hari di bumbung bangunan

[Copy link]
Post time 15-2-2024 02:54 PM | Show all posts |Read mode


SELAMAT: Pasukan bomba menjalankan operasi membawa lelaki terbabit turun menggunakan tangga.

SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun selepas tiga hari berada di bumbung sebuah blok bangunan rumah pangsa empat tingkat di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, lelaki berusia 39 tahun itu berjaya ditangkap dan dibawa turun dari atas bangunan dengan bantuan agensi lain.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.08 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, usaha untuk memujuk lelaki dilakukan bersama pihak bomba, polis dan ahli keluarganya dijalankan sejak Isnin lalu.

Katanya, pasukan bomba turut berada di lokasi sepanjang tempoh terbabit bagi bersedia dengan sebarang kecemasan dan memastikan tiada bahaya berlaku sekiranya lelaki berkenaan bertindak di luar kawalan.

Video memujuk lelaki terbabit oleh pasukan penyelamat turut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.153931 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list