CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5001|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kurang bekalan, permintaan tinggi faktor harga tomato naik

[Copy link]
Post time 15-2-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Kurang bekalan, permintaan tinggi faktor harga tomato naik


BERNAMA



S Jegan



Bukit Mertajam: Kekurangan bekalan selain permintaan tinggi antara faktor mempengaruhi kenaikan harga tomato di pasaran, namun masih lagi terkawal, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang S Jegan.

Beliau berkata berdasarkan kutipan harga runcit tomato yang dilakukan oleh Pegawai Pemantau Harga pada Januari hingga semalam di 40 pasar basah dan 31 pasar raya terpilih di sekitar negeri ini, harga terendah yang dijual ialah RM6 dan tidak melebihi RM10 sekilogram bergantung kepada saiz sayuran itu.

Harga borong tomato yang dicatatkan semalam katanya, adalah kira-kira RM5.30 hingga RM6 dengan pemborong mengatakan kenaikan kos belian telah berlaku pada 9 Februari lepas yang mencecah RM6.70 sekilogram.

"Untuk makluman, tomato yang dijual di pasar basah di negeri ini kebanyakannya diperoleh dari Cameron Highlands, manakala yang dijual di pasar raya pula diimport dari negara jiran serta tanaman organik.
"Maklum balas yang diperoleh dari ladang di Cameron Highlands mengatakan bahawa berlaku kekurangan bekalan disebabkan tomato yang ditanam masih belum matang untuk dipetik, selain pemintaan tinggi yang turut mempengaruhi harga pasaran.





"Bagaimanapun, harga tomato dijangka turun berikutan syarikat pengangkutan telah beroperasi semula untuk menghantar bekalan sayur-sayuran selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas aduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Selasa lepas yang mendakwa harga tomato naik mendadak daripada RM8 kepada RM12 sekilogram berbanding RM5.50 sekilogram yang dijual pada bulan lepas.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata harga itu diperoleh hasil tinjauan yang dilakukan di pasaran selain memberitahu ada beberapa peruncit mengadu bahawa terdapat pengedar dan pemborong telah memberi amaran kepada mereka bahawa harga sayuran lain juga berkemungkinan naik tidak lama lagi.

Justeru, CAP menggesa KPDN dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) supaya menyiasat segera kenaikan harga tomato yang didakwa terlalu tinggi serta mengambil tindakan terhadap pihak yang mencatut harga sayuran itu.

Mengulas lanjut, Jegan berkata setakat ini, pihaknya belum dapat mengesan premis yang menjual tomato pada harga yang didakwa pihak CAP itu.

"Pegawai daripada Unit Kawalan Harga telah pun menghubungi pihak CAP untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai premis yang dimaksudkan dan setakat ini, kita masih menunggu jawapan daripada mereka.

"Jika dakwaan itu dan hasil pemeriksaan mendapati perkara itu benar berlaku, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan," katanya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2024 @ 12:59pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.232781 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list