CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9117|Reply: 0

[Perlis] Paras air Empangan Timah Tasoh boleh bertahan 90 hari lagi

[Copy link]
Post time 15-2-2024 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Paras air Empangan Timah Tasoh boleh bertahan 90 hari lagi


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Takungan air di Empangan Timah Tasoh di Perlis dijangka dijangka dapat bertahan selama tiga bulan lagi di saat negeri itu kini sedang dilanda cuaca panas akibat fenomena El Nino. FOTO AIZAT SHARIF




Kangar: Takungan air Empangan Timah Tasoh (ETT), Beseri, dijangka dapat bertahan tiga bulan lagi, berikutan Perlis sedang dilanda cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Negeri Perlis, Izizam Ibrahim berkata, bagaimanapun keadaan takungan air berkenaan masih lagi berada dalam keadaan baik dan pihaknya belum lagi merancang melaksanakan catuan bekalan air, mahupun pembenihan awan di kawasan empangan berkenaan.

"Sehingga hari ini, bacaan paras air di empangan berkenaan berada pada paras 28.57 meter (m) atau 25.5 juta liter padu di mana baki keseluruhan takungan air di ETT adalah sekitar 84 peratus.

"Paras berkenaan menunjukkan penurunan daripada paras normal ETT iaitu 29.1 m dan berdasarkan pemerhatian kita setiap hari, purata penurunan air di empangan ini adalah sekitar 0.02 m.

"Berdasarkan semakan kita, paras air empangan ini mampu bertahan selama tiga bulan atau 90 hari lagi bergantung kepada keadaan cuaca semasa," katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, semalam.

Katanya, buat masa ini bekalan air yang terdapat di empangan berkenaan masih terus disalurkan untuk kegunaan domestik serta pengairan sawah yang terdapat di negeri itu.

"Walaupun paras air di empangan berkenaan masih diklasifikasikan sebagai baik, kita tetap berharap hujan dalam masa terdekat supaya paras berkenaan tidak terus turun sehingga paras kritikal iaitu 27.10 m.

"Namun begitu, sekiranya tiada hujan yang berlaku serta pengairan air tetap dilakukan bagi sektor domestik dan pertanian, maka ia tidak mustahil untuk bekalan air sedia ada ini akan terus menurun hingga paras bahaya iaitu sekitar 25.3 m," katanya.

Izizam berkata, langkah alternatif yang boleh dibuat apabila penurunan paras air ketara berlaku pada waktu itu adalah menerusi catuan bekalan air atau kaedah pembenihan awan di kawasan empangan berkenaan.

Negeri di bahagian utara Semenanjung Malaysia termasuk Perlis sedang mengalami cuaca panas.



Disiarkan pada: Februari 15, 2024 @ 9:02am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.161692 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list