CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16096|Reply: 62

[Tempatan] Kerajaan perkenal beras putih Malaysia Madani RM30 kampit 10kg. #15, Beras Malaysia Madani cetus tanda tanya

[Copy link]
Post time 14-2-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-2-2024 12:38 AM

Kerajaan perkenal beras putih Malaysia Madani RM30 kampit 10kg

https://www.freemalaysiatoday.co ... i-rm30-kampit-10kg/

Mohamad Fadli - 14 Feb 2024, 4:40pm


Beras putih Malaysia Madani akan berada di pasaran bermula 19 Feb ini.

Beras putih Malaysia Madani menggantikan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) yang dimansuhkan.

PUCHONG: Kerajaan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani yang akan dijual dengan harga RM30 bagi kampit 10kg bermula 19 Feb ini.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang kini mengetuai jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol).

Beliau berkata, dengan nama baru itu kategori beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) dimansuhkan.

“Pengguna boleh mendapatkan bekalan beras putih berharga RM30/kampit di pasaran mulai 1 Mac.

“Tempoh 19 Feb hingga 1 Mac berikutan mengambil masa untuk dijual di pasaran,” katanya pada sidang media.

Syed Hussin berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dipersetujui untuk dilaksanakan.

“Saya telah diberi amanah sebagai jawatan (Naccol) untuk menyelesaikan sedikit-sebanyak kos sara hidup ini (dan) saya kena buat tindakan pantas. Ini pengumuman,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata bagi beras putih Malaysia Madani untuk kampit 5kg akan dijual pada harga RM15.50 dan 1kg RM3.50.

Katanya, dengan itu ia memberi peluang kepada petani dan pesawah selesa dengan harga siling beras yang diumumkan.

“Ini memberi ruang selama 18 tahun harga beras tidak naik. Industri juga boleh ‘survive’ dengan harga RM30 untuk 10kg,” katanya.

Syed Hussin berkata, kerajaan turut membenarkan bungkusan lama dipakai tetapi mesti dipotong dan ditampal dengan pelekat RM30.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 05:50 PM | Show all posts
ni ada limit ke tak? sorang boleh beli sekampit je....and mesti tunjuk slip gaji ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 05:55 PM | Show all posts
cantthinkofany replied at 14-2-2024 05:50 PM
ni ada limit ke tak? sorang boleh beli sekampit je....and mesti tunjuk slip gaji ke?

Kena isi PADU dulu barulah bolehlah beli beras MM ni kut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual guna vending machine ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu harga beras tempatan 10kg tak sampai 30 ringekk pun...madanon kuat songlap
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat beras nasional st 15 dulu banyak batu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 14-2-2024 05:50 PM
ni ada limit ke tak? sorang boleh beli sekampit je....and mesti tunjuk slip gaji ke?

Saiya pon boleh bili la kaka..nanti mau simpan la...minta tolong sama kawan keja sana jaga biras-abangla
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-2-2024 05:56 PM
Jual guna vending machine ke

tada abang sini negara..kita bangla jaga biras la...tak picaya..abang ada dingar kita bangla tada cukup makan ka...kita suma jaga la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ghisau nak beli beras² kerajaan ni....takut quality out..mcm zaman najib dulu kan buat kedai ape tah...mereka kata low quality barang2

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 11:17 PM | Show all posts
limesherbet replied at 14-2-2024 02:57 PM
ghisau nak beli beras² kerajaan ni....takut quality out..mcm zaman najib dulu kan buat kedai a ...

tu mydin punya keje.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:28 AM | Show all posts
Skuau replied at 14-2-2024 10:11 PM
Saiya pon boleh bili la kaka..nanti mau simpan la...minta tolong sama kawan keja sana jaga biras-a ...

itu macam kalu....lu beli utk wa beb....tapi kita beratur lain2 cashier taw...and buat2 mcm tak kenal.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 15-2-2024 08:31 AM
gigahertz replied at 14-2-2024 11:17 PM
tu mydin punya keje.


Makdin dulu dahsyat....
Mentang² dia dpt tender.....harga kat KR1M mahal....kedai dia murah...

Aku bg contoh....
Kat kola sgor, ada kR1M, harga pencuci pinggan RM2.30
Dia bukak Caw sederet dgn KR1M, dia jual pencuci pinggan yg sama RM2..... Ingt ada org nk masuk KR1M  ke?
Jd kerajaan bg bantuan utk dia majukn bisnes dia.....org dok menjerit salahkn DSNajib....dia tak pikir ke halal haram?....sejak dari tu, aku tgok dia pun dah hilang respect.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:31 AM | Show all posts
insulin replied at 14-2-2024 05:55 PM
Kena isi PADU dulu barulah bolehlah beli beras MM ni kut.

In Syaa Allah kita set our mind for it to be padu beb....la ni bkn fikir padu or not padu...yg penting...mampu or tak mampu je dah.....kesinambungan hidup tu penting....quality is only for those who can afford....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:34 AM | Show all posts


manfaat kepada....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2024 08:37 AM | Show all posts
Beras Malaysia Madani cetus tanda tanya

https://www.freemalaysiatoday.co ... -cetus-tanda-tanya/

Mohamad Fadli - 15 Feb 2024, 8:30am


Semalam kerajaan mengumumkan beras putih Malaysia Madani dijual pada harga RM30 bagi kampit 10kg berkuat kuasa 19 Feb dan pengguna boleh mendapatkannya di pasaran mulai 1 Mac. (Gambar file)

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata kategori SST dan SSI dimansuhkan bagi menjadikan beras putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal tidak jelas.

PETALING JAYA: Kerajaan digesa memberikan penjelasan lanjut di sebalik pengumuman pemansuhan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) yang akan digantikan beras putih Malaysia Madani berkuat kuasa 19 Feb ini.

Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin, berkata ini kerana kategori SST dan SSI yang dimansuhkan bagi menjadikan beras putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal tidak jelas.

“Tak mungkin kerajaan nak hapuskan SSI sebab itu beras import. Apa akan jadi dengan SSI? Tidak mungkin SSI katakan sebelum ini dijual RM40 bagi kampit 10kg ingin diturunkan sampai RM30.

“Nanti beras susah nak ada di pasaran. Kita daripada pihak industri minta penjelasan,” katanya kepada FMT.


Ameer Ali Mydin.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, mengumumkan beras putih Malaysia Madani dijual pada harga RM30 bagi kampit 10kg berkuat kuasa 19 Feb dan pengguna boleh mendapatkannya di pasaran mulai 1 Mac.

Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, beras putih Malaysia Madani untuk kampit 5kg akan dijual pada harga RM15.50 dan 1kg RM3.50.

Katanya, dengan nama baharu itu kategori SST dan SSI dimansuhkan.

Sementara itu, Ameer menuntut penjelasan Syed Hussin adakah selepas ini SST dan SSI akan diberhentikan sepenuhnya dan hanya ada beras putih Malaysia Madani di pasaran.

Soalnya, adakah beras putih Malaysia Madani akan dijual nanti adalah SST yang dijual ketika ini dengan harga RM26 atau beras import dijual RM40 bagi kampit 10kg.

“Ini kerana Syed Hussin cadang jual harga beras putih Malaysia Madani RM30, atau beras putih Malaysia Madani ini merupakan beras campuran SST dengan SSI,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada kerajaan atas pengumuman itu kerana percaya ia adalah harga yang betul-betul kompetitif.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Jacob George, mempersoalkan adakah kenyataan Syed Hussin itu selepas mengadakan perbincangan dengan semua pemegang taruh.

Beliau memilih untuk menunggu respons kerajaan berhubung pengumuman Syed Hussin berikutan tidak mahu kenyataan itu dianggap “syok sendiri”.


Jacob George

“Kita tunggu. Adakah ini satu kenyataan diambil dari segi ‘syok sendiri’ atau satu respons yang mengatasi semua masalah di akar umbi,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:11 AM | Show all posts
Sekali baca. Aku paham dah tak ada beras local dan beras import. Yg akan ada beras madani.
Kalau pengeluaran beras local x cukup utk consumption maka kita akan import. Sblm ni harga berlainan utk dua jenis beras ni.
Adakah dua jenis beras ni akan di campur dan di jual sbg beras madani?

Kalau betul, maka dulu adalah salah campur beras lps tu jual harga beras import.
Jadi skrg ni legallah campur dua jenis beras. Jual lebih murah.

Nanti ramai lah seludup beras siam masuk malaysia.
Bater system-tukar minyak masak dgn beras

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 idea najib jugak digunapakai

Najib elok dah

Tapi kerana acik2 mencari yang sempurna, maka yang elok dibuang..

Akhirnya ternyata yang dikatakan sempurna, sebenarnya hauk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pusing2 semua idea najib
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 14-2-2024 05:59 PM
Dulu harga beras tempatan 10kg tak sampai 30 ringekk pun...madanon kuat songlap

Naik berganda2 & kerap plak tu. teruk gila kerjaan skrg. Beras tempatan mmg xnmpk dah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:29 AM | Show all posts
kemaruk replied at 15-2-2024 11:25 AM
Ujung2 idea najib jugak digunapakai

Najib elok dah

ko ni kan kem..elok masuk jail sekali dgn bos kau tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045697 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list