CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6303|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kebakaran: Lima motosikal di parkir musnah

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Kebakaran: Lima motosikal di parkir musnah

14 Februari 2024 11:10am



Lima motosikal yang diletakkan di kawasan parkir Blok 90 Pangsapuri Kota Emas, Jelutong, di sini terbakar pada Selasa malam.Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Lima motosikal yang diletakkan di kawasan parkir Blok 90 Pangsapuri Kota Emas, Jelutong, di sini terbakar pada Selasa malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Perak digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.44 malam.



"Kebakaran melibatkan lima motosikal dengan tiga daripadanya belum dikenal pasti, musnah 90 peratus.

"Dua lagi motosikal jenis Honda EX5 dan SYM terbakar lima peratus,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata, operasi yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Perak Lane dan Paya Terubong, berjaya memadam sepenuhnya kebakaran dalam tempoh sejam.

Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Operasi tamat pada 11.03 malam dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.093572 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list