CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4651|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letup tong gas

[Copy link]
Post time 14-2-2024 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letup tong gas


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dan PDRM ketika menyelamatkan lelaki dan ibunya dalam kejadian ancaman bunuh diri di Jalan Gangsa. FOTO Ihsan JBPM




Georgetown: Anggota mengambil masa tiga jam memujuk seorang lelaki yang bertindak agresif memukul ibunya dengan penukul dan mengancam mahu meletupkan tong gas dalam kejadian amuk di sebuah flat di Jalan Gangsa di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan pada jam 10.57 malam berhubung kejadian itu di perumahan berkenaan.

Sebaik tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki berusia 40-an mengunci pintu rumah dan mengikat pintu jeriji besi dengan dawai serta bertindak agresif memukul ibunya yang berusia 60-an.

"Anggota bomba cuba memujuk lelaki terbabit namun tidak berjaya kerana dia dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.





"Lelaki terbabit juga membuka dua injap tong gas dan mengancam mahu menyalakan api menggunakan pemetik api.

"Dia juga bertindak menghidupkan pembersih hampagas yang dibimbangi akan mencetuskan api kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Shaari berkata, pihaknya kemudian membuka satu aliran air bertekanan tinggi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.

Katanya, kira-kira tiga jam memujuk, lelaki terbabit melepaskan ibunya sebelum dia ditahan polis manakala warga emas itu diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan suspek akan direman pagi ini.

Difahamkan, lelaki terbabit tidak bekerja dan tinggal bersama ibu dan seorang lagi ahli keluarga.

Ketika kejadian, lelaki terbabit dikatakan terus memukul ibunya setiap kali anggota penyelamat cuba merapati wanita berkenaan bagi diselamatkan.

Dipercayai, lelaki berkenaan memukul ibunya menggunakan tukul dan ketika diselamatkan, wanita terbabit berada dalam keadaan trauma.



Disiarkan pada: Februari 14, 2024 @ 11:28am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.236458 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list