Ketibaan Abang Johari dan isteri disambut mesra Chung (tiga kiri) dan ahli keluarganya hari ini.
MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) ke atas usahawan Chung Tai Yu di restoran miliknya Dragon Seafood Restaurant di Jalan Bakam, hari ini.
Kunjungan itu mengakhiri lawatan dua hari ke Miri sebelum berangkat ke Sibu awal petang tadi.
Ketibaan Premier dan isteri disambut oleh Chung serta isteri, Lai Nyat Choon dan ahli keluarga serta kakitangan syarikat.
Turut mengiringi ialah Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat serta Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg.
|