CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8401|Reply: 5

Aksi cium Hrithik, Deepika cetus kontroversi

  [Copy link]
Post time 13-2-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode

ADEGAN bercium Hrithik Roshan dan Deepika Padukone dalam filem Fighter dikutuk memalukan.

ADEGAN berkucupan dalam filem Fighter antara dua pelakon sensasi, Hrithik Roshan dan Deepika Padukone mengundang kecaman ramai.

Dianggap melampau dan melanggar sensitiviti awam, babak mendebarkan dalam naskhah tersebut tular dalam media sosial.

Beberapa hari lalu, seorang anggota Angkatan Udara India (IAF) membuat laporan polis terhadap pembikin filem tersebut disebabkan babak terbabit.

Hrithik dan Deepika berperanan sebagai perwira IAF, sekali gus dianggap sesuatu yang mencemarkan seragam dihormati itu.

Anggota yang membuat aduan itu berpendapat, babak ciuman dalam persalinan seragam sebagai memalukan pasukan keselamatan negara.

Begitupun, sutradara Siddharth Anand mengatakan pihaknya telah meminta pandangan pelbagai pihak sebelum menerbitkan naskhah terbaik.

“IAF juga antara rakan kerjasama dalam filem ini dan melalui prosedur yang sangat teliti bermula skrip sehingga kepada kerja penerbitan.

“Setakat ini Fighter juga lulus tapisan daripada badan penapisan wajib, sekali gus menunjukkan tiada isu memalukan atau sebagainya,” ulasnya.

Ini bukan kali pertama Hrithik berdepan kontroversi membabitkan adegan ciuman.

Dalam Dhoom 2 yang diterbitkan pada tahun 2006, dia dikecam ramai kerana bercium penuh ghairah dengan Aishwarya Rai.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -cetus-kontroversi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2024 12:23 PM | Show all posts
selama ni kalau filem korang duk gomol2 tu takpe lak? kalau kiss btl2 x leh? ape beza dgn korang pegang sana sini tempat sensitif masa menyanyi joget dlm video?

ke hanya sb isu pakaian seragam je jd x boleh tetiber ni? kalau bukan sb pakaian seragam, x jd isu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 05:59 PM | Show all posts
bukan ker cerita hindustan / tamil now dah byk daring mcm hollywood ke? cer tgk kat netflix tu siap aksi beromen bagai India pun dah hilang kesopanan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
chipsmoremore replied at 15-2-2024 05:59 PM
bukan ker cerita hindustan / tamil now dah byk daring mcm hollywood ke? cer tgk kat netflix tu siap  ...

Ada ke cerita yg sopan kat netflix???akhir zaman ni sume dh liberal,dulu2 adegen kiss scene takat tunjuk hero heroin pusing badan tunjuk belakang je sekarng ni selamba je french kiss terus x kisah la hollywood ke bollywood ke apa2 wood pon
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:39 PM | Show all posts
chipsmoremore replied at 15-2-2024 05:59 PM
bukan ker cerita hindustan / tamil now dah byk daring mcm hollywood ke? cer tgk kat netflix tu siap  ...

khennnn..hilang kesopanan dan ketatasusilaan .. tapi maybe sbb scne tu berpakaian uniform.. tak molek la..kalau ko pakai baju lain hatta vogel sekali pun, takde la kontroversi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:40 PM | Show all posts
tapi Hrithik makin ganteng, makin auuumm..bertuah gepren dia si Saba tuu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065069 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list