View: 7629|Reply: 0
|
[Pahang]
Pendaki dedah cerita jaga mayat dua hari
[Copy link]
|
|
RAKAN Allahyarham Zahalita terpaksa melalui lereng bukit dan mendaki menggunakan tali untuk sampai ke Kem Gedung dari Kem Reskit.
LIPIS – “Selama dua hari juga rakan pendaki bersilih ganti membaca ayat suci al-Quran untuk disedekahkan kepada Allahyarhamah Zahalita.”
Demikian cerita malim gunung dari Merapoh, Nazaruddin Samat, 54, mengenai pengalaman ahli kumpulannya sementara menanti bantuan pihak berkuasa untuk mengeluarkan jenazah Zahalita Othman, 52, yang meninggal dunia akibat sesak nafas di Gunung Reskit, Kuala Tahan, Jerantut pada 6 Februari lalu.
“Sepanjang tempoh dua hari itu kami berulang-alik dari Gunung Reskit ke Kem Gedong sejauh lebih satu kilometer untuk mendapatkan sumber air membersihkan diri.
“Kami perlu mendaki ke Kem Gedong kira-kira hampir satu jam ekoran ketiadaan sumber air di kawasan Kem Reskit.
“Malah, para pendaki perlu bergilir-gilir pergi ke anak sungai yang terdapat di Kem Gedong untuk membersihkan diri. Ini bertujuan supaya kami tidak putus-putus menyedekahkan ayat suci al-Quran kepada arwah,” kata di sini semalam.
KUMPULAN pendaki menjaga jenazah Zahalita di Gunung Reskit.
Tambahnya, sebelum tidur juga mereka akan memasang surah Yasin di telefon bimbit untuk disedekahkan kepada arwah.
Kosmo! semalam melaporkan, seorang malim gunung terpaksa duduk di atas pokok setinggi lebih empat meter selama dua hari bagi memastikan talian telefon tidak terputus dengan pasukan penyelamat sebelum bantuan tiba untuk membawa keluar jenazah pendaki.
Sementara itu, ujar Nazaruddin, puncak Gunung Tahan boleh dilalui menerusi dua pintu masuk iaitu Kuala Juram, Taman Negara Relau, Merapoh di Lipis dan laluan kedua adalah melalui Taman Negara Kuala Tahan yang terletak di Jerantut.
“Bagi menawan gunung ini terdapat dua laluan iaitu dari Merapoh atau Kuala Tahan yang mana jika diukur secara mendatar, jarak dari Merapoh ke puncak adalah 77 kilometer (km), manakala dari Kuala Tahan adalah 110km.
“Laluan dari Merapoh yang lebih singkat dengan pemandangan indah banjaran Titiwangsa serta kewujudan bangkai pesawat yang terhempas pada 1971 di laluan itu dilihat menarik minat pendaki melalui trek berkenaan,” katanya.
PARA pendaki tidak melepaskan peluang merakam kenangan dengan bangkai pesawat Australia Airforce yang terhempas pada 1971 berhampiran Gunung Gedong di Kuala Tahan, Jerantut.
Jelasnya, jika pendaki mendaki bermula dari pintu masuk Merapoh, jangka masa untuk sampai ke puncak gunung adalah dua hari, manakala bagi pendaki yang melalui Kuala Tahan mereka akan mengambil masa yang lebih lama iaitu empat hari untuk sampai ke puncak.
“Biasanya pendaki lebih memilih laluan singkat iaitu masuk melalui Merapoh dan turun semula mengikuti laluan sama yang mengambil masa lima hari.
“Namun, laluan atau rintis asal ke puncak Gunung Tahan yang bermula dari Kuala Tahan meliputi jarak yang lebih jauh serta mencabar dan pendaki mengambil masa tujuh hari untuk sampai semula ke Kuala Tahan.
“Pendaki juga perlu menyeberangi sembilan sungai jika melalui laluan Kuala Tahan berbanding hanya empat sungai di laluan Merapoh,” katanya.
Jelasnya, selain keindahan alam semula jadi dan pendaki dapat menikmati panorama awan karpet dan kewujudan bangkai pesawat di laluan Merapoh.
“Pesawat Australia Airforce itu terhempas pada 1971 berhampiran Gunung Gedong, di sini. Ia terletak kira-kira 7km dari puncak Gunung Tahan dan pendaki biasanya tidak melepaskan peluang untuk merakam kenangan.
“Pada tahun 2000 saya pernah membawa cucu juruterbang pesawat tersebut kerana mereka ingin melihat lokasi datuk mereka terbunuh dan telah meletakkan tanda nama sebagai kenangan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... aga-mayat-dua-hari/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|