JAMBA SENU
KUCHING: Hospital Sibu sedang dalam usaha mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit, Jamba Senu, berbangsa Iban berumur 39 tahun.
Menurut satu kenyataan, alamat terakhirnya adalah di Rumah Langidai Semumok dekat Betong.
Pesakit dimasukkan ke Hospital Sibu menggunakan ambulans atas panggilan orang awam pada 4 Januari 2024.
Namun sepanjang berada di wad tiada ahli keluarga mahupun waris hadir ke hospital tersebut.
Pihak hospital juga telah cuba mendapatkan maklumat daripada ketua kampung tempat tinggal pesakit, namun tiada maklumat diperolehi.
Oleh itu, pihak Hospital Sibu menyeru supaya ahli keluarga tampil menuntut pesakit di Hospital Sibu.
Bagi pihak yang mengenali pesakit tersebut diharapkan dapat menghubungi Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Sibu di talian 084-343 333 sambung 7307 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau berjumpa pegawai perubatan di Wad Psikiatri Lelaki (32) sambungan 6310.
|