CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27120|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat Sarawak diseru kekal bersatu capai hak autonomi demi manfaat negeri

[Copy link]
Post time 12-2-2024 09:26 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (empat kiri) bersama Tun Wan Junaidi (tengah), Abang Johari (empat kanan) serta tetamu jemputan lain melambung Yee Sang sempena TBC. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Rakyat Sarawak diseru terus kekal bersatu dalam usaha untuk mencapai hak atau autonominya demi manfaat kepada negeri ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak memerlukan rakyat teguh bersama kerana masih ada autonominya di persekutuan yang perlu diberikan kepada negeri ini.

“Kita masih perlu bersama untuk membina pembangunan negeri atau negara.

"Kita perlu autonomi kesihatan kita, autonomi pendidikan kita dan juga syer cukai daripada persekutuan.

“Maka, saya menyeru kepada rakyat Sarawak terus kekal bersatu agar kita tahu Sarawak Didahulukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) peringkat negeri 2024.

Rumah Terbuka TBC 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri,Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang.

Tambah Dr Sim, diharapkan dengan peningkatan ekonomi Sarawak dari masa ke semasa, ia mampu meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat negeri ini pada masa akan datang.

Katanya, Sarawak merekodkan sejarah dalam ekonominya sejak 60 tahun, apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah lebih RM171 bilion.

“Pada enam tahun akan datang, kita perlu meningkatkan KDNK kita mencecah sehingga RM282 bilion dan saya percaya susulan itu ia pastinya setiap isi rumah rakyat kita akan mendapat manfaat daripadanya,” kata beliau.

Mengenai sambutan rumah terbuka TBC peringkat negeri yang julung kalinya diadakan, Dr Sim yang juga pengerusi pengelola berkata, sambutan itu menggambarkan keterangkuman dasar kerajaan negeri.

“Kita ada Hari Raya (rumah terbuka peringkat negeri) kepada rakan-rakan Melayu kita, kita ada Hari Gawai untuk rakan Dayak kita dan ini merupakan pertamanya rumah terbuka Tahun Baharu Cina diadakan peringkat negeri.

“Ini menggambarkan keterangkuman kerajaan kita di Sarawak. Kita berterima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri dan isteri serta Yang Amat Berhormat Premier, yang berkunjung ke rumah terbuka ini,” katanya.

Dr Sim berkata, pihaknya menganggarkan minimum 5,000 ketibaan pengunjung ke rumah terbuka yang bermula dari jam 9.30 pagi tadi.

Katanya beliau merasa bangga kerana rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang statis sosial ekonomi mereka.

Pada majlis rumah terbuka berkenaan Tun Wan Junaidi serta Abang Johari diberi peluang melambung Yee Sang sebagai simbolik kepada perasmian rumah terbuka TBC 2024.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah (Page 45)
maklukpenggodaSAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu
Views : 42251 Replies : 953
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 355842 Replies : 7004
Edisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v Port Dickson
YgBenarEdisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v P
Views : 29560 Replies : 49
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 19800 Replies : 15
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 126822 Replies : 8142
ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
debab_78ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
Views : 47271 Replies : 210
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 26059 Replies : 652
Kanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir cipta sejarah menjadi pelajar termuda yang telah mendaftar masuk Universti Malaya dalam bidang  Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik
YgBenarKanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir ci
Views : 20628 Replies : 62
jom kongsi gambar tanaman sekeliling rumah
annabellaruz2jom kongsi gambar tanaman sekeliling rum
Views : 216912 Replies : 809
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127533 Replies : 1776

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046235 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list