CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27304|Reply: 0

[Kedah] Jalan rosak 10 tahun, penduduk alami kesukaran cari rezeki

[Copy link]
Post time 12-2-2024 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Jalan rosak 10 tahun, penduduk alami kesukaran cari rezeki


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 12, 2024 @ 3:33pm bhnews@bh.com.my




Hassan Serian, 56, menunjukkan jalan ke kebun yang pecah dan berlubang di Kampung Bukit Hangus, Sik, sejak 10 tahun lalu menyebabkan penduduk sukar untuk ke kebun mereka. NSTP/Noorazura Abdul Rahman




SIK: Penduduk Kampung Bukit Hangus dan Kampung Kuala Hai di sini, terpaksa mengambil risiko melalui jalan berlubang, berlopak dan licin setiap hari untuk ke kebun sejak 10 tahun lalu.

Laluan sepanjang tiga kilometer yang sebelum ini berturap, kini pecah akibat menjadi laluan air dari bukit berdekatan sehingga turut memasuki beberapa rumah penduduk terutama ketika musim hujan.

Penduduk, Hassan Serian, 56, berkata penduduk, terutama petani yang mempunyai kebun perlu berhati-hati menunggang motosikal bagi mengelak terjatuh ke dalam lubang.

"Sebelum ini jalan berturap lebih kira-kira tiga kilometer untuk kami ke kebun, tetapi sejak 10 tahun lalu, keadaan jalan semakin teruk apabila menjadi laluan air yang turun dari bukit.

"Jalan tar akhirnya pecah dan berlubang, kami hendak ke kebun memang sukar, tambahan pula bagi wanita yang menunggang motosikal ke kebun," katanya.

Hassan berkata, air yang turut membawa pasir dan batu itu turut menyebabkan bahagian depan rumahnya dikambus puing berkenaan sehingga setengah meter.

Katanya, dia terpaksa mengorek dan membuang pasir berkenaan bagi mengelak rumahnya 'tenggelam' dengan pasir berkenaan.

"Apabila musim panas, pengusaha ladang ada bantu untuk ratakan jalan ini tetapi itu hanya bersifat sementara, apabila musim hujan jalan ini akan rosak semula," katanya.

Seorang lagi penduduk, Zanidah Abdullah, 43, mendakwa hutan yang ditarah untuk projek perladangan menyebabkan rumah pusaka mereka sering dimasuki air.

Katanya, dia sangat berharap kerajaan dapat membuat longkang dan menurap jalan di depan rumahnya semula bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Saya terpaksa buang batu-batu yang turun bersama air dari bukit, dalam masa yang sama saya terpaksa bersihkan rumah setiap kali air masuk ke rumah.

"Saya pula menjaga adik orang kurang upaya (OKU), suami pula sudah meninggal akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lalu. Saya letih terpaksa berdepan keadaan sama setiap tahun.

"Pada musim hujan, air masuk hingga lima ke enam kali sebulan, tepi rumah saya pun sudah berlaku hakisan. Saya sangat susah hati sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Pada musim kemarau ini saya harap kerajaan dapat segera membuat longkang untuk keselamatan penduduk," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.059250 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list