CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10025|Reply: 0

[Kedah] Kanak-kanak 9 tahun urus ibu hidap kanser ovari

[Copy link]
Post time 12-2-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode

AULIA 9, (tengah) dan adiknya, Ainur Delisha, 5, menjaga ibu mereka, Nurul Naajua Zulkeply, 30, yang menghidap kanser ovari. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Pendang: Usianya baru sembilan tahun, namun kanak-kanak perempuan ini sudah memikul tanggungjawab untuk menjaga ibunya yang menghidap kanser ovari.

Segalanya bermula apabila ibunya, Nurul Naajua Zulkeply, 30, disahkan menghidap kanser ovari pada awal Januari lalu selepas perutnya membuncit seperti wanita hamil.

Sejak itu, Nur Aulia Imani Mohamad Sharifuddin, 9, perlu bangun seawal 6 pagi untuk memasak, menyuap makan dan minuman kepada ibunya sebelum pergi ke sekolah.

Selepas pulang dari sekolah, dia akan membantu ibunya memasak untuk makan tengah hari selain mencuci pakaian serta mengemas rumah.

"Saya nak mama berehat kerana tak mahu dia bertambah sakit sebab itulah saya bantu mama buat kerja rumah.

"Saya pergi sekolah macam biasa dan menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam selepas selesai kerja rumah.

"Kalau mama masuk hospital, saya akan uruskan adik, Ainur Delisha, 5, di rumah termasuk menyuap makan minum serta memandikannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Menunggal, di sini, hari ini.

Sementara itu, Nurul Naajua berkata, pada mulanya dia menyangka hamil kerana perutnya berisi dan semakin membesar.

Katanya, disebabkan itu, dia pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan dan doktor mengesyaki terdapat cecair dalam perutnya sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

"Doktor mencadangkan cecair itu dibuang segera dan kali pertama dibuang pada 8 Januari lalu, manakala kali kedua dibuang pada 6 Februari lalu.

"Selepas itu, doktor mengesahkan saya menghidap kanser ovari dan menjalani rawatan kemoterapi kali pertama, kira-kira enam hari lalu.

"Saya bersyukur kerana anak sulung banyak membantu menguruskan makan minum kerana tidak berdaya melakukan kerja rumah disebabkan kanser yang dialami ini," katanya.

Menurutnya, suaminya, Muhammad Sharifuddin Zainol, 41, hanya bekerja sebagai mekanik dengan gaji harian tidak menentu.

Katanya, wang itu digunakan untuk membeli barang keperluan harian selain disimpan untuk membayar kemoterapi serta kos rawatan hospital.

"Kami tinggal di rumah bapa, Zulkefly Abu Hassan, 72, dan dia pula mempunyai masalah darah tinggi selain faktor usia," katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Rakyat 221331190194 atas nama Nurul Naajua Zulkefly.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi Nurul Naajua turut menyampaikan sumbangan wang tunai, susu formula khas dan barang keperluan dapur.

Selain itu, pihaknya juga akan terus memberi sokongan supaya Nurul Naajua meneruskan rawatan di hospital.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hidap-kanser-ovari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047647 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list