CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18174|Reply: 26

[Tempatan] Enam unit kediaman di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras terbakar. Penduduk dakwa ada orang main mercun sebelum kebakaran

[Copy link]
Post time 12-2-2024 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk dakwa ada orang main mercun sebelum kebakaran

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-sebelum-kebakaran

Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]

Disiarkan pada: Februari 12, 2024 @ 12:36am


ENAM unit rumah di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras terbakar malam tadi. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin.

Kuala Lumpur: Penduduk Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras di sini, mendakwa ada orang yang bermain mercun sebelum kebakaran berlaku yang menyebabkan enam unit kediaman di tingkat 17 terbakar.

Nurul Adirah Mohd Roslan, 26, yang tinggal di tingkat tujuh berkata, dia sedang duduk santai di hadapan rumah bersama suami dan ibu mentuanya apabila mendengar bunyi letupan itu.

"Pada 9.15 malam tadi, ketika kami sedang lepak bersembang di luar rumah, terdengar bunyi letupan yang saya percaya ia bunyi mercun atau bunga api dari tingkat atas.

"Kira-kira 30 minit kemudian, keadaan jadi kecoh dan bomba pun tiba di lokasi. Kami sekeluarga bergegas turun menyelamatkan diri," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi penghuni blok itu, Reduan Md Yusof, 45, berkata, dia dan isterinya sedang bersiap untuk tidur apabila berlaku kekecohan dan jeritan jiran yang memaksa mereka berdua keluar.

"Kami berdua sahaja di rumah... tengah siap-siap untuk tidur. Dengar bunyi bising jiran, jadi kami bergegas turun.

"Kami terpaksa menuruni tangga dari tingkat lapan demi keselamatan," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan enam rumah di tingkat 17 blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, terbakar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Stoplah jual mercun ni. Bodoh sape benarkan penjualan mercun ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum confirm lagi sebab mercun ke apa sebab ada yang kata sebab tong gas. Tunggu hasil siasatan bomba dulu.

Kesian penghuni 6 unit tu especially. Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Di singapura mercun dianggap separti babi..
Haromm
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 08:38 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 12-2-2024 12:53 AM
Stoplah jual mercun ni. Bodoh sape benarkan penjualan mercun ni

Betul. Tarik balik kebenaran jual mercun dan bunga api yang memudaratkan dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa (termasuk haiwan)..

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya main dlm rumah
I duduk apartment so MO pesan byk kali pasal mercun ni
Takut wooo sbb ada jugak kes kebakaran tingkat atas
Tapi byk taman rumah landed di sekeliling so layan depa je main mercun pung pang pung pang non stop
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau tarik balik kebenaran jual mercun pun mesti ada je nanti yg jual secara black market
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi2 encik reduan siap2 nak tido dah katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2024 09:49 AM | Show all posts
ada tgk kat TT mlm tadi....semoga takde kemalangan jiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 10:03 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 12-2-2024 12:53 AM
Stoplah jual mercun ni. Bodoh sape benarkan penjualan mercun ni

Menteri DAPiglah yg benarkan

PMX takut nak tegur sbb menantu dia dan cucu pun sedarah dgn menteri tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat live kata pasal tong gas
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru tau yg singapore mmg haramkan mercun.mmg bunyi krik2 sungguh.dari jauh melihat kemeriahan mercun di jb
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 12-2-2024 10:03 AM
Menteri DAPiglah yg benarkan

PMX takut nak tegur sbb menantu dia dan cucu pun sedarah dgn menteri ...

Izzah takde anak dgn laki cina tu .tak payah buat fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pun flat kan..so bdk2 duk flat ni mmg bodoh la...pi main mercun kt dlm rumah/floor je sbb malas nk turun ke tanah
Dbkl pun sama bodoh kan...dah takde dh kwsn lapang kt situ lg ..sume dh kene sakau jd jalan, parking, kowloon flat hong kong bagai
Takde tmpt dah utk bdk2 main
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu ke yang main?

Biasanya Cina pandai main merecun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 12-2-2024 09:47 AM
Amboi2 encik reduan siap2 nak tido dah katanya

tua dah tu...agaknya waktu tido sejurus selepas solat isyak
dah pakcik+makcik kene bergegas turun tangga waktu tido terkorban.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm ramai buat live kejadian ni kat tiktok..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 12-2-2024 01:00 PM

Dalam banyak2 flat dbkl kat Cheras yang guna  nama negeri ni, flat Sri Sabah yang paling tinggi, paling dekat dengan town Cheras. Flat Sri Johor, Melaka etc 5 tingkat je. I tengok video, nasib baik lepas ngam2 truck bomba lalu area parking tu. Kalau tak lepas, lagi haru.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
puas hati la kot dah sampai terbakar rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Blok bekas, sekolah asrama penuh dulu tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.145229 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list