CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29037|Reply: 0

[Kedah] Selepas 6 tahun menanti, Flydubai mendarat di Langkawi

[Copy link]
Post time 10-2-2024 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Selepas 6 tahun menanti, Flydubai mendarat di Langkawi


Oleh Hamzah Osman - Februari 10, 2024 @ 7:23pm  bhnews@bh.com.my




Datuk Haslina Abdul Hamid (empat dari kiri) diiringi Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah (kiri sekali) menyerahkan cenderahati kepada sebahagian penumpang penerbangan sulung syarikat penerbangan Flydubai yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. NSTP/HAMZAH OSMAN




LANGKAWI: Selepas menanti selama enam tahun, akhirnya Flydubai menjadi syarikat penerbangan antarabangsa terbaharu mengadakan penerbangan terus ke pulau ini setiap hari dengan penerbangan sulung bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid, berkata inisiatif awal melobi syarikat penerbangan antarabangsa terbabit bermula pada 2019, iaitu sebelum pandemik COVID-19.

"Susulan itu, perbincangan kedua pihak (LADA dan Flydubai) diteruskan pada November 2022, sebelum syarikat itu menyatakan hasrat memulakan penerbangan berjadual ke Langkawi, selain LADA ada menawarkan insentif.

"Flydubai kemudian membuat pengumuman rasmi membuka laluan penerbangan terus berjadual ke Langkawi pada 21 September tahun lalu, akhirnya impian enam tahun itu menjadi kenyataan hari ini," katanya di sini.

Haslina berkata, berbekalkan pertambahan penerbangan berjadual harian oleh Flydubai itu, LADA menyasarkan 185 penerbangan berjadual akan tiba di pulau ini setiap minggu, sekali gus mampu melonjak kedatangan pelancong.

Pesawat Flydubai FZ1603 bersama sejumlah penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mencipta sejarah apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, pada 4.45 petang, hari ini.

Terdahulu FlyDubai yang terbang dari bandar raya paling mahal di Asia Barat menggunakan pesawat Boeing 737 MAX singgah selama sejam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Sejurus mendarat di LTAL pesawat itu disambut dengan pancuran air, selain penumpangnya diraikan dengan perarakan bunga manggar, sirih junjung, paluan gendang peribumi dan serahan cenderahati.

Selain Haslina, turut hadir meraikan ketibaan pelancong menerusi pesawat Flydubai itu termasuk Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Pengurus LTAL, Che Sulaiman Che Pa.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049124 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list