CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30912|Reply: 0

[Perlis] 3 bot, 11 awak-awak Thailand ditahan tangkap siput buluh di perairan Perlis

[Copy link]
Post time 10-2-2024 07:22 PM | Show all posts |Read mode
3 bot, 11 awak-awak Thailand ditahan tangkap siput buluh di perairan Perlis


Februari 10, 2024 @ 7:04pm



Sebahagian awak-awak warga Thailand yang ditahan di perairan Kuala Perlis. - Foto FB Maritim Malaysia



KUALA PERLIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 11 warga Thailand disyaki melakukan aktiviti menangkap siput buluh di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata mereka terdiri tiga tekong dan lapan awak-awak berusia antara 18 hingga 42 tahun.

"Bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis iaitu Perkasa 1227 yang sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis menghampiri tiga bot dan mendapati semuanya dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan, semua tiga bot terbabit berpangkalan di negara jiran dan ketika ditahan, mereka disyaki sedang melakukan aktiviti menangkap siput buluh dalam keadaan gelap," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ada antara awak-awak yang terjun ke laut untuk cuba melarikan diri, namun keadaan dapat dikawal anggota Maritim Malaysia.

Semua tiga bot dianggar bernilai RM40,000 bersama 11 warga Thailand yang ditahan dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Mohd Hashim meminta kerjasama orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.088936 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list