CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13464|Reply: 0

[Kedah] Op Khas JPJ sita 1,325 motosikal dalam seminggu

[Copy link]
Post time 9-2-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Op Khas JPJ sita 1,325 motosikal dalam seminggu


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my



Pengarah Kanan Penguat kuasa Jabatan Penghangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan (tiga dari kiri) memeriksa lesen seorang penunggang motosikal yang juga penghantar barangan ketika meninjau Operasi Khas Motosikal di Jalan Kelibang, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN




Langkawi: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 1,325 motosikal di seluruh negara sepanjang Operasi Khas Motosikal bermula 1 hingga 7 Februari lalu.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata semua kenderaan yang disita diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya.

Katanya, dalam tempoh sama sebanyak 97,366 motosikal diperiksa dan mengeluarkan 25,967 notis bagi pelbagai kesalahan dengan 6,001 atau 27 peratus kes adalah kegagalan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.

"Sebanyak 8,358 kesalahan atau 32 peratus membabitkan kes tiada lesen memandu; 5,655 (22 peratus) tiada tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan 5,058 (19 peratus) tiada perlindungan insurans.

"Selebihnya, 365 kes adalah tidak mematuhi lampu isyarat merah dan tidak memakai topi keledar pula sebanyak 530 kes," katanya pada sidang media selepas meninjau OKM di Jalan Kelibang di sini malam tadi.

Lokman berkata, operasi dilaksanakan menerusi modus operandi pemantauan di lampu isyarat, sekatan jalan raya (SJR) dan pemeriksaan rambang yang membabitkan laluan utama pengendali motosikal.

"Pengendali motosikal diingatkan supaya mengubah sikap supaya tidak melanggar lampu isyarat, cuai keluar masuk simpang, berlumba, memandu melebihi had laju dan melulu dan berhenti mengejut.

"Selain itu, mengekori terlalu rapat, membuat pusingan U, menyeberang dan melawan aliran trafik dan beberapa kesalahan lain turut menjadi penyumbang dan punca kemalangan maut di jalan raya," katanya.

Yang turut hadir, Ketua cawangan JPJ Langkawi, Iskandar Zulkarnain Mohamad Ali.



Disiarkan pada: Februari 9, 2024 @ 10:28am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049169 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list