CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1875|Reply: 0

[Sabah] Monsoi Point bakal jadi tarikan

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:30 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Limus (dua kanan) mengunjungi salah sebuah kiosk jualan yang terdapat disekitar kawasan Monsoi Point.
KUALA PENYU: Monsoi Point bakal menjadi tumpuan pelbagai aktiviti ekonomi golongan peniaga kecil dan sederhana (IKS) termasuk sebagai mercu tanda baharu di Kuala Penyu, kata Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury.

Mengulas lanjut, Limus berkata, Monsoi Point yang dibina pada Oktober tahun lalu dengan kos RM460,000 kini telah siap itu bakal memberi manfaat kepada peniaga setempat untuk menjalankan jualan harian.

Kemudahan ini dikawal selia sepenuhnya Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP) yang akan turut bertanggungjawab terhadap pengurusan aktiviti perniagaan serta penganjuran aktiviti lainnya.

"Monsoi Point mampu memuatkan sehingga 80 tapak jualan termasuk dilengkapi meja jualan, skin LED, pentas, hiasan landskap serta beberapa kemudahan untuk penganjuran aktiviti lainnya.

"Kemudahan pelbagai guna yang berhubungan dengan Dataran Monsoi ini juga dilengkapi gerai jualan termasuk kiosk jualan moden yang menambahkan lagi tarikannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina Peringkat Daerah Kuala Penyu, di Monsoi Point pada malam Selasa.


SIMBOLIK: Limus (tiga kanan) memalu gendang sebagai simbolik perasmian Karnival Tahun Baharu Cina Peringkat Daerah Kuala Penyu, di Monsoi Point.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berkata, penyediaan 30 buah kiosk jualan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), merancakkan aktiviti ekonomi di daerah itu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 20 buah kiosk ditempatkan di sekitar Pekan Kuala Penyu termasuk sepuluh  buah di Monsoi Point, manakala selebihnya di Pekan Daerah Kecil Menumbok.

"Ini adalah antara usaha kita untuk memperkasa ekonomi di kawasan ini hasil keprihatinan kerajaan di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

"Akan ada lagi selepas ini beberapa projek bagi menjana sosio-ekonomi penduduk, seterusnya menarik kehadiran pengunjung luar sekaligus memperkasa aktiviti pelancongan di kawasan ini," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060023 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list