CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 0

[Sabah] Kekalkan kerjasama baik warga sekolah, PIBG

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:22 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Robert dan tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian murid yang diraikan dalam majlis apresiasi itu.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik mahu warga pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengekalkan kerjasama yang baik bagi memastikan sekolah berupaya membentuk generasi masa depan yang cemerlang dan beretika.

Robert berkata sekolah memerlukan dokongan yang kuat daripada pihak PIBG terutama ibu bapa murid bagi memastikan apa jua program yang dirancang khususnya melibatkan pendidikan dapat dijayakan bersama.

"Ini merupakan salah satu peranan PIBG sekolah bukan hanya memastikan kawasan sekolah selamat, bersih malah masa kini PIBG perlu terlibat dalam perancangan pembangunan fizikal dan akademik serta bukan akademik agar kemenjadian murid terus seimbang dalam semua aspek demi masa depan anak-anak yang cemerlang.

"Pada masa sama, saya juga menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya dengan turut serta mengambil tahu tahap pencapaian anak di sekolah dan sedia untuk berbincang bersama guru-guru untuk mencari pendekatan sesuai agar tidak ada lagi anak-anak yang tercicir dari arus pendidikan, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bundu Sesi Akademik 2023-2024.

Turut hadir Guru Besar SK Bundu Apin-Apin, Ishak Hassim.


AMANAT: Robert menyampaikan sepatah dua kata bagi merasmikan Majlis Apresiasi Murid SK Bundu.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata majlis apresiasi yang diadakan itu bertujuan memberi penghargaan kepada murid yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang.

"Tahniah saya mengucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah kecemerlangan dalam majlis apresiasi ini. Penghargaan ini merupakan pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan oleh para murid.

"Tidak dilupakan juga ucapan setinggi- tinggi ucapan tahniah kepada guru-guru dan ibu bapa di atas kerjasama yang kukuh untuk meningkatkan pencapaian murid baik dalam bidang kurikulum, kokurikulum serta pembentukan sahsiah murid di sekolah ini.

"Saya percaya kerjasama yang baik di antara pihak sekolah dan PIBG merupakan tunjang kepada kecemerlangan murid-murid di sekolah ini, " katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/08/kekalkan-kerjasama-baik-warga-sekolah-pibg-robert

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066317 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list