CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2144|Reply: 0

[Sabah] KTYS-DRBHU tandatangani MoU kerjasama pendidikan

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-2-2024 01:19 PM



ALBUM: Samin (dua kanan) bersama Zainuddin (tengah) dan Tah Nia (tiga kiri) selepas majlis menandatangani MoU berkenaan.

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan DRB-HICOM University of Automative Malaysia (DRBHU) mengenai pendidikan dan perkongsian pintar.

Kerjasama itu bertujuan menyediakan laluan kepada lepasan diploma KTYS untuk melanjutkan pengajian di DRBHU melalui pemindahan kredit sekali gus memendekkan tempoh kursus mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Samin Ongki berkata, graduan yang terpilih melanjutkan pengajian di DRBHU itu akan ditaja oleh kerajaan negeri Sabah.
Katanya, pengambilan mahasiswa baharu untuk perkongsian pintar itu dijangka akan bermula pada Julai tahun ini.

“DRBHU juga menawarkan program Pembelajaran Jarak Jauh Terbuka untuk separuh masa ataupun pekerja yang berminat dalam peningkatan diri mereka,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Terdahulu, MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KTYS, Datuk Tah Nia Jaman dan Naib Canselor DRBHU, Prof Sr Datuk Dr Omar Osman sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Mas Sanjongan Datu Omar serta Ahli Lembaga Pengarah KTYS.


PENGHARGAAN: Omar Osman menyerahkan cendera kenangan kepada Tah Nia.

Sementara itu, Samin berkata, perkongsian pintar KTYS dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) pula, graduan berpeluang melanjutkan pengajian di UMP dan menamatkan pengajian di Jerman.

Katanya, kursus yang diikuti oleh mahasiswa ini ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan, Sarjana Muda Mekatronik, Sarjana Muda Automatif dan Sarjana Muda Elektrik (Elektronik).

Menurutnya, setakat ini KTYS berjaya menghantar tiga kumpulan mahasiswa ke UMP dan Jerman yang mana sebahagiannya telah tamat pengajian dan bekerja di Jerman.

“Graduan KTYS juga mempunyai laluan alternatif ke UMP selama dua tahun dan menamatkan pengajian di Beijing untuk tempoh dua tahun setengah.  

“Kursus yang diikuti ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Sarjana Muda Elektrik,” katanya.

Beliau berkata, KTYS akan terus melabur dalam pendidikan dan latihan bagi memastikan penuntutnya memulakan kerjaya mereka di landasan yang betul.

“Ia juga sebagai sebahagian daripada komitmennya kepada kerajaan negeri untuk melahirkan modal insan tempatan yang cekap dan berkemahiran.

“Untuk maklumat lanjut mengenai program dan latihan KTYS, sila layari www.ktys.edu.my atau boleh menghubungi kami di talian 088-239810 atau 019-8233369,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.211591 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list