CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2158|Reply: 0

[Sabah] KPI bantu ICSB pantau prestasi operasi, kewangan anak syarikat

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:13 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Hajiji (tujuh kanan) diiringi Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (tujuh kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Jasamu DiKenang sempena Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah.

KOTA KINABALU: Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap anak syarikatnya bagi memastikan prestasi operasi dan kewangan dapat diukur.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, syarikat berkenaan turut mengemukakan pelan perniagaan lima tahun sebagai langkah memantau prestasi anak-anak syarikat dengan rapi.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Khas turut ditubuhkan bagi mengenal pasti beberapa pelaburan baharu yang akan dilaksanakan dengan tujuan mempelbagaikan perniagaan ICSB.

"Sukacita saya maklumkan keuntungan sebelum cukai iaitu sebelum audit Kumpulan ICSB pada 2023 adalah sebanyak RM470 juta.

"Prestasi baik ini sudah semestinya atas daya kepimpinan di semua peringkat pengurusan dan khidmat bakti seluruh warga Kumpulan Yayasan Sabah.

"Kesan pengisytiharan dividen yang konsisten serta urus tadbir pengurusan kewangan dan perakaunan yang baik ini memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini menerusi agihan seperti biasiswa dan bantuan sosial," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di sini semalam.

Hajiji berkata, bagi memastikan ICSB akan sentiasa dapat memberi dana kepada Yayasan Sabah, pihak pengurusan perlu sentiasa memantau prestasi setiap anak-anak syarikat.

Menurutnya, Kumpulan ICSB berjaya mempamerkan daya tahan dan kebolehsuaian dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pada 2023, dengan hampir semua sektor yang diceburi anak-anak syarikat mencatatkan pulangan memberangsangkan.

"Sektor agro perladangan terutamanya Sabah Softwoods Berhad, Innoprise Plantations Berhad, Benta Wawasan Sdn. Bhd dan Silam Forest Products Sdn. Bhd. mencatatkan keuntungan gabungan sebanyak RM215 juta bagi 2023 dan sekali gus menjadi penyumbang utama keuntungan Kumpulan ICSB tahun lepas iaitu sebanyak 46 peratus.

"Dalam pelancongan, Tanjung Aru Hotel Sdn. Bhd. (STAR), Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd. dan Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. menyumbang 12 peratus daripada jumlah keuntungan Kumpulan ICSB dengan keuntungan gabungan sebanyak RM56 juta bagi 2023.

"Sektor minyak, gas dan tenaga melalui NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. mengakhiri 2023 dengan keuntungan sebanyak RM24.05 juta menyumbang lima peratus daripada keuntungan Kumpulan ICSB bagi 2023," katanya.

Beliau berkata, sektor perhutanan khususnya Rakyat Berjaya Sdn. Bhd, Norsechem (Sabah) Sdn. Bhd. dan Innovision (PNG) Limited turut mengakhiri 2023 dengan keuntungan gabungan sebanyak RM13 juta, menyumbang tiga peratus daripada keuntungan Kumpulan ICSB tahun lepas.

Menurutnya, pembayaran dividen keseluruhan anak-anak syarikat kepada ICSB bagi 2023 dijangkakan sebanyak RM195 juta iaitu 8.6 peratus lebih rendah berbanding 2022.

Katanya, penurunan berkenaan disebabkan Harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang lebih rendah dalam pasaran berbanding 2022. Namun, tahun lalu menyaksikan peningkatan kadar dividen dalam sektor pelancongan.

Beliau berkata, penambahan peruntukan perbelanjaan untuk program sosial kepada RM49.89 juta pada 2023 atau peningkatan sebanyak 22.5 peratus berbanding 2022 yang berjumlah RM 40.74 juta, bukti komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam membawa pembangunan rakyat di negeri ini.

"Dalam pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah berjaya menyediakan pelbagai tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pada 2023 kepada seramai 4,859 pelajar baharu dan yang sedang belajar dengan peruntukan berjumlah RM40.93 juta.

"Setakat tahun lepas, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan dalam 2022 memberi manfaat kepada 2,897 orang pelajar dengan jumlah dana disalurkan sebanyak RM3.86 juta.

"Usaha agresif kutipan bayaran balik pinjaman menghasilkan kutipan yang tertinggi setakat ini berjumlah RM6.56 juta," jelasnya.

Hajiji berkata, sebanyak 22 inisiatif Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dilaksanakan tahun lepas dengan pencapaian prestasi keseluruhan 97 peratus.

Menurutnya, Kumpulan Yayasan Sabah juga akan terus menjadi peneraju dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, yang akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri ini dan generasi akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.063691 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list