CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2124|Reply: 0

[Sarawak] Loji rawatan air baharu akan dibina di Landeh

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:08 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika sidang media selepas merasmikan Kilang IBS LCDA CTR Technology Sdn Bhd di Sejingkat hari ini. Turut kelihatan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta tetamu kehormat lain. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sebuah loji rawatan air baharu akan dibina di Landeh sebagai usaha meningkatkan pengeluaran bekalan air di bahagian Kuching.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan pembinaan loji ini penting ekoran populasi penduduk di kawasan Kuching yang kian bertambah.

“Oleh itu, pembinaan loji di Landeh adalah untuk meningkatkan kapasiti air bersih di ibu negeri Sarawak ini.

"Di Kuching ini memerlukan bekalan air yang lebih, bermakna kita merancang satu lagi loji rawatan air, kerana Kuching kini semakin membangun.

“Kita tidak mahu kekurangan air, jadi kami merancang perkara ini lebih awal," katanya pada sidang sidang media selepas merasmikan Kilang IBS LCDA CTR Technology Sdn Bhd di Sejingkat hari ini.

Menurut Abang Johari, kerajaan Gabungan Parti Sarawak mengutamakan pembangunan negeri dan kebajikan rakyatnya berbanding agenda politik.

“Kita di Sarawak tidak sibuk berpolitik seperti di sana (negeri di Semenanjung), kita sibuk dengan rancangan dalam menyediakan pelbagai projek infrastruktur untuk rakyat.

“Ini termasuk rumah mampu milik, bekalan air dan elektrik serta pembinaan jalan raya dan jambatan,” katanya.

Beliau turut memberitahu, Kerajaan Sarawak komited untuk memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat melalui projek yang akan menyumbang kepada kemakmuran dan kelestarian negeri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah (Page 45)
maklukpenggodaSAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu
Views : 42251 Replies : 953
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 355842 Replies : 7004
Edisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v Port Dickson
YgBenarEdisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v P
Views : 29560 Replies : 49
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 19800 Replies : 15
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 126822 Replies : 8142
ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
debab_78ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
Views : 47271 Replies : 210
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 26059 Replies : 652
Kanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir cipta sejarah menjadi pelajar termuda yang telah mendaftar masuk Universti Malaya dalam bidang  Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik
YgBenarKanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir ci
Views : 20628 Replies : 62
jom kongsi gambar tanaman sekeliling rumah
annabellaruz2jom kongsi gambar tanaman sekeliling rum
Views : 216912 Replies : 809
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127533 Replies : 1776

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.189107 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list