CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1982|Reply: 0

[Sabah] Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode


PATI menaiki kapal yang membawa mereka ke negara asal pada program pemindahan warganegara Filipina di Pelabuhan Sandakan hari ini. - Gambar BERNAMA

SANDAKAN: Seramai 278 pendatang tanpa izin warga Filipina dihantar pulang ke negara mereka hari ini, menjadikan 1,773 pendatang dari negara berkenaan dihantar pulang tahun ini sama ada melalui laut mahupun udara.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.

"Tahanan yang terlibat pada kali ini adalah tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Sandakan seramai 121 orang dan Depot Imigresen Papar seramai 157 orang.

"Mereka dihantar pulang dengan pengangkutan laut (feri) dari Pelabuhan Sandakan petang ini," katanya kepada pemberita semasa operasi penghantaran pulang itu di pelabuhan berkenaan di sini hari ini.

Menurut SH Sitti Saleha kumpulan yang dihantar pulang kali ini melibatkan 159 lelaki, 79 wanita dan 40 kanak-kanak.

Mengenai penghantaran pulang pendatang dari Indonesia, beliau memahami negara itu akan menghadapi Pemilihan Umum Presiden pada bulan ini, namun berharap pihak kedutaan Indonesia terus memberi kerjasama dalam pengeluaran dokumen perjalanan bagi warganya yang masih ditahan di Sabah iaitu seramai 757 orang. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.512793 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list