CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2159|Reply: 0

[Sabah] Dua beranak ditemukan lemas dalam kolam

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:49 PM | Show all posts |Read mode


LEMAS: Mangsa kanak-kanak terbabit ditemukan lemas oleh penduduk kampung berkenaan.

TAWAU: Dua beranak ditemukan lemas di sebuah kolam berhampiran rumahnya di Kampung Nasib Kita, di sini semalam.

Wanita berusia dalam lingkungan 40-an dan anak lelakinya berusia tujuh tahun itu ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam semalam.

Katanya, sepasukan polis yang digerakkan ke lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa ditemukan lemas oleh penduduk kampung.

“Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa terbabit telah dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada ia ini adalah kes bunuh ataupun mati mengejut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lanjut setelah semua laporan bedah siasat  diterima.

Jasmin menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar berhubung dengan balai polis berdekatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.317148 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list