CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2185|Reply: 0

[Sabah] STAR Bingkor dijadual adakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan 1 Mac ini

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:47 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Robert merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian jawatankuasa bahagian semasa mesyuarat diadakan.

KENINGAU: Mesyuarat Agung Tri Tahunan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Bingkor dijadualkan diadakan pada 1 Mac ini di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau.

Keputusan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Bahagian yang dipengerusikan Ketua Bahagian STAR Bingkor Datuk Robert Tawik.

Mengulas lanjut, Robert berkata dijangka seramai 700 orang perwakilan termasuk dari  Wiramuda, Wiranita, Wiramaja dan Wiraemas akan menghadiri Mesyuarat Agung Tri Tahunan itu.

Perasmian mesyuarat agung dijangka dirasmikan Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Alfred Angin yang juga Menteri Belia Dan Sukan Sabah.

Pada pagi 1 Mac nanti, Pergerakan Wiramuda dan Wiranita akan mengadakan Mesyuarat agungnya dan sebelah tengah harinya nanti akan dilangsungkan Mesyuarat Agung Bahagian dan menjangkakan pertambahan perwakilan semasa mesyuarat nanti.


ROBERT

"Mengenai perjalanan mesyuarat-mesyuarat agung  Penyelaras Daerah Mengundi bagi bahagian Bingkor yang telah dijalankan pada bulan Disember tahun lalu, proses berjalan dengan lancar dan jayanya.

"Tiada masalah yang timbul, dan ini jelas menunjukkan semangat perpaduan yang jitu terserlah dalam kalangan ahli-ahli STAR di bahagian Bingkor.

"Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua PDM yang telah melaksanakan mesyuarat agung, " katanya.

Dalam pada itu Robert yang juga Timbalan Presiden STAR meminta ahli-ahli supaya menjalinkan kesepakatan dan kerjasama dengan parti-parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Baru-baru ini Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Bingkor dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Bingkor telah membuat kunjungan terhadap saya selaku pimpinan STAR bahagian dan kedua-dua parti komponen telah menyatakan sokongan yang padu kepada saya selaku wakil rakyat.

"Kedua-dua parti telah menzahirkan sokongan dan kerjasama kepada STAR Bahagian Bingkor dan inilah bukti kesepakatan dalam kalangan rakan komponen GRS, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list