CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2083|Reply: 0

[Sabah] STB mahu kerjasama dengan AirAsia bertahan lama

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:39 PM | Show all posts |Read mode


SELAMAT DATANG: Joniston (kiri) menyambut ketibaan pelancong dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mahu kerjasama yang dijalinkan dengan AirAsia bertahan lama sekali gus memperkasakan pasaran pelancongan Sabah dalam kalangan negara Asia.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata, dengan pembukaan semula penerbangan terus dari Jakarta ke Kota Kinabalu, sasaran Sabah untuk mencapai kehadiran pelancong sebanyak 2.8 juta tahun ini mampu dicapai.

"Kita mahu lebih banyak penerbangan AirAsia dari pelbagai lokasi di Asia sampai ke Kota Kinabalu.

"Penerbangan tiga kali seminggu Jakarta-Kota Kinabalu harap dapat ditambah pada masa hadapan," katanya ketika ditemui ketika di Majlis Menyambut Ketibaan Penerbangan AirAsia dari Jakarta-Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sabah turut mempunyai ramai penduduk dari Indonesia dan kini laluan ini memudahkan mereka kembali ke negara asal pada bila-bila masa.

Pada masa sama katanya, rakyat Sabah juga boleh melancong ke Indonesia, sekali gus merapatkan hubungan sedia terjalin dengan negara berkenaan.

Katanya, STB juga mahu menerokai pasaran pelancongan di Asia memandangkan Sabah terletak di kedudukan sangat strategik.

"Kita mempunyai jiran seperti negara Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan ini sudah pasti akan menjadikan Sabah sebagai potensi besar dalam sektor pelancongan.

"Sabah juga dikurniakan kepelbagaian keunikan yang tidak dimiliki di negara lain," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.055787 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list