CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8173|Reply: 0

[Perak] Seorang wanita maut, empat lagi masih hilang dalam insiden kepala air di Bidor

[Copy link]
Post time 7-2-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode

BIDOR: Seorang wanita maut manakala empat lagi termasuk tiga kanak-kanak dipercayai masih hilang dalam insiden kepala air semasa berkelah di sungai dekat Kampung Poh, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4.03 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya, terdapat tujuh mangsa terbabit dalam kejadian kepala air yang membabitkan tiga wanita dewasa dan empat kanak-kanak.


"Seorang wanita dewasa meninggal dunia, seorang lagi wanita dewasa dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun selamat.

"Mangsa yang maut dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa berkelah.

"Seorang lagi wanita dewasa dan tiga lagi kanak-kanak masih hilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sayani berkata, ketujuh-tujuh mangsa dipercayai sedang berkelah di lokasi berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.

https://www.bharian.com.my/berit ... siden-kepala-air-di
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054621 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list