CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9631|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Pakar' sumpit dan curi lembu tumpas

[Copy link]
Post time 7-2-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Jempol: Dua lelaki yang mencuri 12 ekor lembu di ladang kelapa sawit FELDA Pasoh Tiga di sini, pada 27 Januari lalu, dijatuhi hukuman denda RM9,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini.

Kedua-dua tertuduh, Tengku Adam Azizi Tengku Ismail, 44 dan Mohd Hairulhisam Md Noh, 41, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibaca secara bersama di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati mencuri lembu pada jam 3 petang 27 Januari lalu.

Berikutan itu kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.



Mengikut fakta kes, seorang pemilik lembu mendapati 12 ekor lembu miliknya hilang sebelum mendapati lima ekor lembu miliknya berada dalam sebuah kandang di belakang rumah milik salah seorang tertuduh.

Selain itu terdapat seorang saksi yang melihat perbuatan seorang tertuduh menyumpit 12 ekor lembu sebelum kesemua lembu berkenaan dimasukkan ke dalam sebuah lori.

Lima ekor lembu di dalam kandang yang ditemui di belakang rumah tertuduh dikenal pasti kepunyaan pemilik berdasarkan kesan lubang pada telinga lembu.

Kejadian itu menyebabkan pemilik lembu mengalami kerugian sebanyak RM35,000.

Di mahkamah sama, Tengku Adam Azizi turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Dia dituduh memindahkan harta curi iaitu enam ekor lembu dengan menjualnya kepada seorang pembeli.

Berikutan itu tertuduh dijatuhi hukuman denda RM4,000 dan sekiranya gagal bayar boleh dipenjara selama dua bulan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool Beri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-curi-lembu-tumpas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.381351 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list