CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9896|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua sahabat curi 12 ekor lembu didenda RM9,000

[Copy link]
Post time 7-2-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Dua sahabat dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM9,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sermbilan hari ini atas tuduhan mencuri 12 ekor lembu di kawasan Felda Pasoh 3, bulan lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

JEMPOL – Dua sahabat dikenakan hukuman denda sebanyak RM9,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas tuduhan mencuri 12 ekor lembu di kawasan Felda Pasoh 3, bulan lalu.

Tertuduh Tengku Adam Azizi Tengku Ismail, 45, dan Mohd. Hairulhisam Md Noh, 42, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Majistret turut menetapkan tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan dan barang kes yang ada iaitu lembu dikembalikan semula.

Berdasarkan pertuduhan bersama, mereka didapati telah mencuri 12 ekor lembu milik seorang lelaki kira-kira pukul 3 petang di kebun sawit Felda Pasoh 3, Batu Kikir, 27 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... mbu-didenda-rm9000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038167 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list