CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9782|Reply: 0

[Perak] Kerajaan bakal perkenal Beras Madani bantu kurang kos sara hidup

[Copy link]
Post time 7-2-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Syed Abu Hussin Hafiz melakukan lelongan beras di bawah harga pasaran di program Jualan Murah Parlimen Bukit Gantang di Changkat Jering, Perak hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

BUKIT GANTANG – Kerajaan akan memperkenalkan Beras Madani sebagai mekanisma membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkaitan perkara tersebut.

Katanya, antara yang dibincangkan adalah mengenai cadangan penetapan harga siling penjualan Beras Madani.

“Pada masa ini harga jualan beras import tidak tersenarai di dalam harga kawalan, manakala beras tempatan pula kurang di pasaran .

“Atas inisiatif ini kerajaan akan memperkenalkan Beras Madani dengan penetapan harga siling bagi mengurangkan kos sara hidup pada masa ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jualan Murah Ahli Parlimen Bukit Gantang di Changkat Jering di sini hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin Hafiz, dengan wujudnya Beras Madani dan penetapan harga siling yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi, ia akan menyelesaikan isu harga beras yang menjadi rungutan rakyat di negara ini.

Tambahnya, penetapan harga siling beras madani akan membolehkan kerajaan mengawal harga makanan ruji itu di pasaran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ang-kos-sara-hidup/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 1.196944 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list