CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7244|Reply: 9

[Politik] 'Siti Mastura lulusan PhD, patut semak sumber tak sahih'

[Copy link]
Post time 7-2-2024 08:57 AM | Show all posts |Read mode
'Siti Mastura lulusan PhD, patut semak sumber tak sahih'
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Feb 6, 2024 3:04 PM



Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan pemimpin parti itu berhujah bahawa Ahli Parlimen PAS Siti Mastura Muhammad tidak sepatutnya bergantung kepada sumber yang disangkal berhubung dakwaan mereka mempunyai pertalian darah dengan komunis dan bekas perdana menteri Singapura.

Dalam jawapan terhadap pembelaan Siti Mastura terhadap saman fitnah mereka, Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempertikaikan mengenai sumber yang didakwa daripada risalah bahan kempen BN.

Ketiga-tiga plaintif menegaskan bahawa defendan tidak boleh bergantung kepada risalah itu sebagai pembelaan kerana ia telah pun disangkal oleh Pengerusi BN Mohamad Hasan dan bekas ahli majlis tertinggi Umno Hizatul Isham Abdul Jalil.

Guan Eng, Kit Siang dan Kok berkata Siti Mastura selaku seorang ahli parlimen yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD), sepatutnya melakukan usaha semakan sewajarnya.


"Adalah kewajipan akademik/pengkaji sepertinya yang terlatih dengan teknik dan protokol, sebagai peraturan, sepatutnya melakukan usaha wajar dan sedar bahawa hanya bahan yang antara lain, tulen, berwibawa dan boleh dipercayai untuk disandar dan bukannya bahan lain.

"Jika gagal, mana-mana rujukan kepada penerbitan BNComms yang tidak sahih, tidak berwibawa dan tidak boleh dipercayai, yang kewujudannya telah dinafikan oleh BN sendiri, boleh disifatkan sebagai antara lain, sangat tidak bertanggungjawab, melulu dan sangat cuai.

"Oleh itu, kajian yang didakwa oleh defendan mengenai perkara itu adalah tidak masuk akal dan tidak wajar bagi seorang ahli politik dan lebih-lebih lagi, seorang pemegang ijazah kedoktoron," kata ketiga-tiga plaintif.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam mewakili ketiga-tiga pemimpin DAP berkenaan, Sankara Nair mengesahkan jawapan itu difailkan di Mahkamah Tinggi George Town pada 2 Feb.


Sebelum ini, media melaporkan Siti Mastura mendakwa kenyataannya yang diucapkan pada majlis ceramah politik pada akhir tahun lepas, adalah berdasarkan "fakta" sah yang terkandung dalam risalah itu, yang menurutnya adalah sumber yang boleh dipercayai.

Pada 27 Nov tahun lepas, Guan Eng, Kit Siang dan Kok memfailkan saman terhadap Siti Mastura.

Ketiga-tiga saman itu berhubung ucapan defendan pada majlis kempen pilihan raya kecil Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, pada 4 Nov.

Siti Mastura mendakwa tiga pemimpin DAP itu mempunyai kaitan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Ong Boon Hua, yang lebih dikenali sebagai Chin Peng dan perdana menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.

Plaintif menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan, serta injunksi untuk menghalang defendan daripada terus melafazkan dakwaan itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 dlm kes ni tetiba semua yg terlibat ddisuruh wat ujian dna.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 01:04 PM | Show all posts
PHD fake ke sis??
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu quote benda tak betul, sepatutnya cepat2 minta maaf. Bukannya terus menegakkan benang yg basah. Memalukan. Ada phd pun kaki fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijak bijak..Mastura sajer jer tu nak tengok
Kerajaan kaki kencing ni ambik tindakan tak kat BN/Umno yg terbitkan risalah tersebut.

Maklumla teman sekatil Umno Dap, takkan la
DAP nak saman teman comolot khenn...nan hado!!

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 05:19 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 7-2-2024 07:31 PM

Inilah beza dan uniknya Malaysia dibandingan dengan negara lain ...

Di luar Malaysia hanya kaum marhaen yang berhalunisasi ... sedangkan di Malaysia lebih banyak orang berpendidikan tinggi bergelar Profesor dan PhD yang suka berhalunisasi atau berkhayal tentang sesuatu yang menyangkut Bangsa Melayu... Konsep Bangsa Melayu Mahawangsa, Alam  Melayu, Melayu Supra, klaim Anak cucu keturunan Nabi Ibrahim dan Keturah etc etc  adalah salah satu contohnya ....

Siapa saja itu?

Prof. Dr. Soleha Yacob, Prof. Awang Sariyan, Rais Yatim,  Ismail Sabri,  Prof. Abdul Mufti , Dr. Rozita Che Rodi, Dr. Hashim Musa, Prof. Md. Salleh Yaapar  dan masih banyak lainnya...

Apakah betol semakin pandai dan tinggi pendidikan orang melayu di Malaysia  maka dipastikan mereka akan makin pandai BERBOHONG dan melacurkan pemikiran waras dan rasionalnya sebagai ahli akademik ?   Bipolar disease ?  Narcism ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2024 09:40 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 8-2-2024 10:20 AM

Deleted


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah sumber pertama iaitu UMNO lah...dia cuma quote je.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2024 01:39 AM | Show all posts
Ujung2 xde bende yg akan berlaku kat Mastura. Sbb Mastura punya sumber Utama adalah risalah Umno. Benda bercetak dan bertulis. Kalau sumber tu adalah sumber tidak sahih, Sepatutnya dari awal lagi Risalah tu diharamkan tp xde warta pengharamankan?

Maka kat sini Mastura la yg paling bijak sbb dia lawan DAP guna Umno. Sbb dia ada PHD la dia tau perlu quote sumber bertulis, bukan main quote WIkipedia
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Body_language replied at 8-2-2024 01:39 AM
Ujung2 xde bende yg akan berlaku kat Mastura. Sbb Mastura punya sumber Utama adalah risalah Umno. Be ...

Bn dah nafikan buku tu bukan depa yg published. Setakat tulis bncomms sapa2 boleh buat.
So mastura nak defend mcm mana? Dah suruh minta maaf tak nak walaupun diberi peluang.
Dengar cerita keluarga lee kwan yew pun nak saman jugak. Siap tin milo la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.113054 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list