CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25103|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sediakan peruntukan beli peralatan taktikal MIDS, tangani isu dadah

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-2-2024 11:57 AM



Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat One Stop Committee (OSC) menangani isu dadah dan substans di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Selasa. Foto TVS

KUCHING, 6 Feb: Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan kewangan bagi pembelian peralatan taktikal bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS), kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya inisiatif berkenaan akan membolehkan One Stop Committee (OSC) membeli keperluan peralatan taktikal yang membantu meningkatkan jumlah rampasan serta tangkapan di Sarawak.

“Sumbangan kewangan kerajaan negeri itu membolehkan kami membeli peralatan tektikal yang boleh digunakan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (JSJN), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sarawak dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Jadi peralatan tektikal ini juga membantu untuk meningkatkan dari segi rampasan dadah dan juga peningkatan dari segi tangkapan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media Mesyuarat One Stop Committee (OSC) menangani isu dadah dan substans di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Selasa.\
Terdahulu, peruntukan berjumlah RM7.9 juta telah disalurkan sejak 2018 sehingga April 2023 untuk menyokong usaha rakan-rakan strategik dalam melaksanakan program dan aktiviti strategik seperti operasi penguatkuasaan bersepadu bagi mengurangkan penawaran dadah dan substan.

Dalam perkembangan sama, Fatimah mendedahkan sebanyak 11,241 kes melibatkan 11,470 tangkapan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan substans telah direkodkan oleh OSC Sarawak bagi tempoh Januari hingga Disember tahun 2023.

Tangkapan tersebut adalah hasil daripada 7,841 operasi yang dijalankan oleh beberapa Jawatankuasa-Jawatankuasa Teknikal (JKT) terlibat temasuk Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Sarawak dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sarawak.

Menurutnya OSC turut merekodkan kejayaan yang ketara dengan peningkatan nilai rampasan dadah sebanyak 1,443 peratus iaitu dianggarkan berjumlah RM 151,030,195.97 pada tahun 2023 berbanding RM 9,788,023.35 pada tahun 2022.

“Rangkuman tahun 2023 telah menunjukkan peningkatan nilai dadah dan bilangan tangkapan.

“Bagi kita ia adalah satu kejayaan oleh One Stop Committee MIDS bagi negeri Sarawak dengan peningkatan nilai dadah dan jumlah tangkapan yang telah dilakukan pada tahun 2023,” ujarnya.

Sepanjang tahun lalu, daerah Kuching merekodkan jumlah tangkapan yang tertinggi dengan 2,675 orang, diikuti daerah Sibu dengan 1,280 orang, Daerah Miri sebanyak 1,277 orang, daerah Bintulu pula 939 orang dan daerah Samarahan sebanyak 605 orang. -TVS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah (Page 45)
maklukpenggodaSAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu
Views : 42251 Replies : 953
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 355842 Replies : 7004
Edisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v Port Dickson
YgBenarEdisi pacak khemah:Pantai Batu Buruk v P
Views : 29560 Replies : 49
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 19800 Replies : 15
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 126822 Replies : 8142
ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
debab_78ADA APA KAK KEPOM DENGAN JEHAN?
Views : 47271 Replies : 210
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 26059 Replies : 652
Kanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir cipta sejarah menjadi pelajar termuda yang telah mendaftar masuk Universti Malaya dalam bidang  Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik
YgBenarKanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir ci
Views : 20628 Replies : 62
jom kongsi gambar tanaman sekeliling rumah
annabellaruz2jom kongsi gambar tanaman sekeliling rum
Views : 216912 Replies : 809
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127533 Replies : 1776

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.138705 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list